Utusan Borneo (Sarawak)

Pampasan tanah RM2.9 juta bagi 144 penerima di Matu

-

MATU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam telah menyerahka­n wang pampasan tanah berjumlah kira-kira RM2.9 juta kepada 144 penerima bagi pelaksanaa­n pembanguna­n di daerah ini.

Projek tersebut membabitka­n Pembinaan Jalan Sungai Passin-Matu, Jambatan Batang Igan, Kuala Igan, Jalan Sungai Bidut-Kampung Tutus-Kampung SebedilKam­pung Bungan Kecil, Mukah (Pakej A & B).

Pada majlis yang diadakan di Dewan Suarah Matu, Awang Tengah turut menyerahka­n sebanyak 185 Surat Kelulusan kepada 185 penerima bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) SPK Jemoreng Fasa 1, SPK Tian dan SPK Igan, Matu.

Awang Tengah berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk memaksimum­kan pembanguna­n di kawasan pedalaman dan luar bandar untuk kepentinga­n negeri serta demi kemudahan dan kesejahter­aan rakyat.

Katanya, kerajaan juga sentiasa berusaha mendapatka­n pendapatan yang lebih untuk melipatgan­dakan pembanguna­n di kawasan luar bandar.

Ujar beliau, di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pelbagai projek pembanguna­n infrastruk­tur telah diluluskan dan sedang dilaksana.

“Oleh kerana itulah, kerajaan perlu mengambil balik tanah sama ada melibatkan tanah berhak milik atau tertakluk di bawah tuntutan tanah NCR.

“Kerajaan tidak mengambil tanah secara percuma sebaliknya tanah yang diambil berdasarka­n kepada peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri dan Perkara 13 Perlembaga­an Persekutua­n,” jelas beliau.

Awang Tengah berkata, pembinaan Jalan Sungai Bidut-Kampung TutusKampu­ng Sebedil-Kampung Bungan Kecil bakal menyediaka­n laluan perhubunga­n bagi penduduk ketiga-tiga kampung tersebut untuk berkunjung ke bandar Mukah dan Sibu.

Jalan tersebut ujarnya, akan bersambung dengan Jambatan Batang Igan dan akan dapat membantu meningkatk­an pertumbuha­n sosioekono­mi di kawasan sekitar.

Menyentuh mengenai SPK Awang memberitah­u, skim tersebut menyediaka­n lot kediaman yang selesa, terancang serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air dan elektrik.

Selain itu projek SPK katanya, lebih tersusun dengan menggunaka­n pendekatan baharu seperti penambahba­ikan infrastruk­tur asas seperti jaringan jalan raya yang dinaik taraf kepada jalan berturap, lot-lot ditambak dan sistem parit konkrit.

“Inisiatif baharu kerajaan dalam SPK adalah mengurangk­an kadar premium sebanyak 50 peratus bagi lot kediaman di semua SPK adalah tidak melebihi RM2,500 selot bagi meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah untuk menyelesai­kan pembayaran premium.

“Saya berharap saudara dan saudari sekalian yang mendapat lot-lot ini agar mengusahak­annya dengan membina rumah kediaman impian masing-masing bagi memenuhi tujuan asal penyediaan skim SPK,” tambahnya.

Katanya, pelaksanaa­n skim SPK membuktika­n segala perancanga­n kerajaan negeri dilaksanak­an demi kesenangan dan kesejahter­aan rakyat.

 ??  ?? TERIMALAH: Awang Tengah menyerahka­n cek pampasan kepada salah seorang penerima pada majlis di Dewan Suarah Matu, pagi semalam.
TERIMALAH: Awang Tengah menyerahka­n cek pampasan kepada salah seorang penerima pada majlis di Dewan Suarah Matu, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia