Utusan Borneo (Sarawak)

Juh Sungkei di BCCK kembali lagi Ramadan tahun ini

-

KUCHING: Juh Sungkei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kembali lagi Ramadan tahun ini dengan pelbagai pilihan juadah berbuka bermula 13 April hingga 12 Mei 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric Van Piggelan berkata, matlamat mereka adalah untuk menyediaka­n pelanggann­ya dengan pelbagai makanan, perkhidmat­an, suasana dan pengalaman menjamu selera pada standard terbaik yang sama.

“Juh Sungkei dikenali dengan standard ini di mana pada masa yang sama kita memastikan keselamata­n dan kesihatan pelanggan yang menjamu selera dijaga,” katanya.

Bagi keselesaan pelanggan, untuk Juh Sungkei kali ini BCCK membahagik­an ruangnya yang luas kepada beberapa Ramadan

Bubbles sepanjang tempoh Ramadan.

Setiap zon katanya, menampung kapasiti maksimum 200 pelanggan untuk mengurangk­an interaksi antara mereka yang hadir bagi berbuka puasa dan menjaga penjarakan fizikal.

Pelanggan katanya, disediakan dengan menu untuk dipilih dan kakitangan akan menghantar­nya terus ke meja pelanggan.

Tahun ini, tema kulinari meliputi pelbagai sajian tempatan dan antarabang­sa dengan hidangan Ramadan terkenalny­a seperti kaki kambing panggang, itik dan ayam rangup panggang, kambing rebus dalam periuk tanah liat, itik pak lo dan pelbagai pilihan sajian berasaskan ayam, ikan dan sayuran yang dimasak dalam periuk tanah liat.

Juh Sungkei di BCCK juga akan memperkena­lkan semula sate ayam dan daging, rendang daging, daging masak hitam,udangmente­gagoreng, bubur lambuk, bubur pedas dan kueh teow goreng.

Sajian lain termasuk Lebanese shawarma, Arabian manakesh, Hong Kong steamed dim sum, Spanish poultry paella rice dan Korean kimchi chicken stew.

“Kami telah membuat banyak perubahan untuk menampung norma baharu dan pasukan berpengala­man kami adalah terlatih dan dilengkapi untuk melaksanak­an sanitasi berterusan dan menjaga kebersihan setiap masa.

“Kami juga mengekalka­n jumlahkepe­lbagaianma­kanan dan mengekalka­n kos bermula daripada serendah RM50 nett bagi tempahan dalam talian seperti tahun sebelumnya,” kata Eric.

Harga bagi pelanggan tanpa tempahan adalah RM100 bagi seorang dewasa dan RM50 bagi seorang kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) tertakluk kepada ketersedia­an.

Tempahan bagi Juh Sungkei boleh dibuat sertamerta di laman web BCCK www.bcck.org.my.

Juga disediakan tahun ini tempahan secara berkumpula­n pada kadar

RM85 seorang untuk kumpulan minimum 10 orang dan Pakej Mesyuarat hanya RM120 seorang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian Ramadan di 082-392 889 dari 9 pagi hingga 6 petang (1 April hingga 12 Mei) atau e-mel ke reservatio­ns@bcck.com. my.

 ??  ?? ENAK: Antara hidangan berbuka puasa yang disajikan untuk Juh Sungkei di BCCK tahun ini.
ENAK: Antara hidangan berbuka puasa yang disajikan untuk Juh Sungkei di BCCK tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia