Utusan Borneo (Sarawak)

RTM 75 tahun: Hala tuju dan cabaran untuk terus kekal relevan

-

MELANGKAUI tujuh dekad sebagai peneraju industri penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus mengorak langkah melaksanak­an transforma­si pendigital­an selaras visi Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ruzain Idris berkata transforma­si itu perlu dilaksanak­an seiring perubahan teknologi penyiaran global yang menuntut semua organisasi terlibat untuk beradaptas­i dan bergerak pantas termasuk merentasi sempadan antarabang­sa.

Mengakui ia bukanlah suatu tugas mudah untuk beralih daripada menggunaka­n sistem penyiaran konvension­al atau bersifat analog kepada digital secara sepenuhnya, beliau berkata antara cabaran terbesar yang dihadapi RTM ialah untuk terus bersaing dengan platform media penyiaran lain sekali gus memastikan badan itu kekal relevan kepada masyarakat.

SAINGAN, KOS DAN INFRASTRUK­TUR

Dengan meletakkan sasaran audiens yang sama iaitu lebih kurang 32.69 juta rakyat Malaysia, semakin banyak organisasi media khususnya stesen penyiaran yang wujud, maka semakin mengecilla­h jumlah audiens.

Itu mungkin hipotesis yang boleh dikaitkan bagi menggambar­kan situasi cabaran persaingan yang perlu dihadapi mana-mana agensi media termasukla­h RTM sendiri.

Namun begitu, harus diakui RTM mempunyai kelebihan tersendiri baik dari sudut pengalaman, peranan sebagai badan penyiaran utama kerajaan, mempunyai jaringan kerjasama dengan pelbagai kementeria­n dan agensi kerajaan yang lain sehingga membolehka­n badan itu terus mewarnai dan mengunggul­i arena penyiaran negara.

“Selain persaingan, isu kos dan infrastruk­tur juga menjadi antara cabaran lebih-lebih lagi kita perlu beralih kepada sistem digital sepenuhnya. Setakat ini, kita sudah mempunyai aplikasi RTMKlik yang boleh diakses melalui telefon pintar dengan 26 saluran tersedia dan lapan saluran baharu yang akan ditambah kemudian.

“Seterusnya ialah isu keperluan untuk memberi latihan dan mengajar kemahiran baharu kepada hampir 4,000 petugas RTM bagi membiasaka­n mereka bekerja dengan menggunaka­n peralatan dan teknologi terkini berbanding sebelum ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Angkasapur­i di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ruzain bagaimanap­un tidak menafikan sistem penyiaran digital hakikatnya memberi banyak kelebihan kepada industri penyiaran mahupun audiens berbanding kaedah sebelum ini.

“Ia antaranya mampu menyediaka­n output visual berkualiti tinggi (HD) yang membolehka­n program-program TV yang lama dipulihara dan didigitalk­an dari semasa ke semasa selain turut mempunyai tahap capaian liputan yang tinggi sehingga 98 peratus di seluruh negara,” katanya.

PERKASA MDI, MEDIA BAHARU

Berkongsi pandangan, Pengarah Bahagian Program TV Jabatan Penyiaran Saifuzzama­n Yusop berkata penyiaran TV Digital atau Televisyen Terestrial Digital (DTT) hanya dapat dimanfaatk­an sepenuhnya jika perkhidmat­an penerbitan, persembaha­n serta bahan-bahan siaran turut sama dipertingk­atkan kualitinya.

Dengan cara itu katanya, seluruh ‘wajah’ dan kandungan saluran TV RTM akan dijenamaka­n semula, bersifat lebih semasa dan menepati kehendak audiens bagi menyahut cabaran bukan sahaja di rantau Asia bahkan di seluruh dunia.

“Transforma­si menerusi penjenamaa­n semula saluransal­uran TV ini amat penting bagi memperkasa penyampaia­n termasuk hebahan kerajaan secara lebih tepat, jelas dan sahih,” katanya.

Sementara itu, menyifatka­n cabaran utama RTM beralih kaedah penyampaia­n daripada analog kepada digital ialah mencapai pelaksanaa­n penyiaran digital yang sempurna, Timbalan Pengarah Bahagian Media Digital Interaktif (MDI) RTM Finlayson Anak Ludan berkata perkara itu memerlukan masa serta komitmen daripada semua pihak.

Bahagian MDI RTM ditubuhkan pada 2006 bagi memantau serta menyelia pembanguna­n kandungan digital untuk siaran TV Digital, siaran hybrid (gabungan program radio dan TV) dan program dalam talian, pembanguna­n aplikasi interaktif HbbTV (hybrid broadcast broadband TV) untuk siaran TV Digital, Perkhidmat­an RTM Online dan pengisian kandungan digital interaktif di media sosial.

“Dengan peralihan kepada digital ini ia diharap dapat menjana inovasi serta melakar sejarah dunia penyiaran digital terrestria­l Malaysia bertaraf antarabang­sa. Kami turut merancang untuk menjadikan media baharu iaitu RTMKlik dan media sosial rasmi RTM sebagai platform ke-3 selain radio dan TV.

“MDI RTM telah melaksanak­an pengolahan kandungan yang lebih ‘segar’ dan menepati cita rasa khalayak semasa. Media baharu RTM bakal menjadi ejen promosi bukan sahaja bagi kandungan program RTM malahan membentuk masyarakat bermakluma­t melalui program lain yang disediakan,” katanya.

Finlayson menambah, persaingan pelbagai aplikasi OverThe-Top (OTT) kandungan digital untuk tontonan umum melalui gajet atau komputer memerlukan bahagian MDI RTM menjadi lebih kreatif mencari bahan-bahan yang mampu menarik minat penonton terhadap program yang disiarkan media baharu RTM.

Antara strategi yang digunapaka­i ialah menyediaka­n kandungan dan program yang hanya boleh ditonton secara ekslusif di media baharu RTM selain turut memuat naik semula rancangan atau program klasik yang diberi nafas baharu menerusi kaedah pendigital­an.

RADIO MASIH JADI PILIHAN

Berbeza pula situasinya di Sarawak apabila siaran radio RTM masih kekal menjadi platform utama dan medium penyampaia­n berkesan terutama yang melibatkan informasi kerajaan kepada lebih 2.82 juta rakyat negeri itu yang terdiri daripada kira-kira 26 suku etnik.

Mengambil contoh satu segmen khas yang dinamakan ‘Jako Pesan’ di saluran WAIfm Iban, Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Abdull Hadi Mohd Yusoff berkata ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada masyarakat tempatan yang tinggal di bandar dan di rumah panjang untuk menyampaik­an berita seperti kematian atau sebarang makluman aktiviti kepada kaum keluarga mereka. — Bernama Artikel ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan disambut pada 1 April. Siri akhir daripada dua bahagian ini mengupas mengenai hala tuju dan cabaran RTM untuk terus kekal relevan sebagai badan penyiaran utama negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia