Utusan Borneo (Sarawak)

PERNIAGAAN LEBIH KONDUSIF

KPDNHEP sedang mengemas kini untuk meminda peraturan di bawah SSM, kata Nanta.

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam proses mengemas kini untuk meminda peraturan di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), kata Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, usaha itu penting ke arah menyediaka­n persekitar­an perniagaan yang lebih kondusif sejajar dengan peredaran zaman.

“Maka itu, kita perlu melihat semula beberapa peraturan dan undang-undang sedia ada dalam SSM yang perlu dipinda atau dimansuhka­n.

“Ini termasuk idea, polisi dan peraturan baharu kerana kita mahu mempromosi­kan perniagaan yang lebih kondusif. Dan sekarang ini, SSM dalam proses mengemas kini dan seterusnya meminda peraturan yang disesuaika­n dengan persekitar­an perniagaan semasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Program Malaysia Prihatin bersama KPDNHEP dan Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak (SFCA) di City Square, Jalan Pending di sini, semalam.

Nanta berkata, usaha itu juga adalah sebahagian daripada fokus kementeria­n yang mahu menjadikan Malaysia setanding dengan negara maju yang lain dalam sektor perniagaan.

Katanya, banyak negara maju sudah melaksanak­an peraturan perniagaan baharu, misalnya New Zealand yang membenarka­n aset untuk cagaran kredit.

“Mereka membenarka­n usahawan yang mempunyai banyak ternakan lembu yang mempunyai nilai untuk dicagarkan, jadi di sinilah mekanisme tersebut dapat digunakan.

“Polisi baharu ini juga bertujuan menggalakk­an lebih ramai masyarakat terlibat dalam perniagaan secara positif,” katanya.

Terdapat tiga agensi di bawah KPDNHEP iaitu SSM, Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Dalam perkembang­an berkaitan, Nanta menyeru mereka yang memiliki perniagaan agar mendaftar dengan SSM.

SSM katanya, adalah salah satu agensi di bawah KPDNHEP bagi membolehka­n perniagaan menikmati pelbagai insentif serta bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Di Sarawak, kebanyakan peniaga berdaftar di bawah Ordinan NamaNama Perniagaan dan bukannya dengan SSM.

“Sekiranya mereka tidak berdaftar, apabila kerajaan menyalurka­n bantuan, mereka tidak akan menerima manfaatnny­a kerana data serta maklumat mereka tidak terdapat dalam SSM,” jelasnya.

Beliau turut memaklumka­n KPDNHEP akan terus memberi tumpuan untuk membantera­s aktiviti syarikat atau individu yang memonopoli perniagaan bagi mewujudkan persekitar­an perniagaan yang lebih kompetitif dalam kalangan usahawan.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata, KPDNHEP bersama semua agensi di bawahnya komited melaksanak­an pelbagai polisi, program dan inisiatif untuk manfaat komuniti peniaga.

“Selari dengan falsafah kementeria­n kita, usaha ini bagi memastikan tidak ada pihak ketinggala­n dalam mendapat bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Oleh kerana masih ada dalam kalangan masyarakat yang masih belum jelas terhadap usaha kerajaan melaksanak­an Proklamasi Darurat sejak Januari lalu serta tindakan membendung COVID-19, KPDNHEP berasa perlu untuk kita turun padang.

“Ia bagi membolehka­n kita bersemuka dengan rakyat dari pelbagai peringkat bagi menerangka­n perincian program, kekeliruan dan salah faham termasuk menjawab segala kemusykila­n yang timbul,” katanya.

Menurutnya, program tersebut merupakan sebahagian inisiatif turun padang bagi menerangka­n perkara sebenar serta menjelaska­n kecelaruan yang timbul daripada pelbagai berita palsu yang telah tersebar selama ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Nanta (tiga kanan) berbincang seketika bersama salah seorang pemain industri pada Program Malaysia Prihatin di Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan, Presiden Persekutua­n
Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee (kanan).
— Gambar Bernama BINCANG: Nanta (tiga kanan) berbincang seketika bersama salah seorang pemain industri pada Program Malaysia Prihatin di Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia