Utusan Borneo (Sarawak)

‘JACKPOT’ DARI RONALDO

Gelang kapten Ronaldo dijual dalam jualan lelong dengan harga 64,000 euro bagi membantu kos rawatan bayi yang menghidap masalah jantung

-

BELGRADE: Gelang kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo yang dibuangnya dalam kemarahan selepas gol kemenangan masa kecederaan dinafikan semasa menentang Serbia telah dijual dalam jualan lelong amal dengan harga 64,000 euro (RM 312,000) kepada seorang pembeli tanpa nama.

Berbaki beberapa saat dengan mata perlawanan kelayakan Piala Dunia itu 2-2 di Belgrade, Ronaldo sangka beliau telah menjaringk­an gol kemenangan, apabila bola itu melepasi garisan gol sebelum Stefan Mitrovic menyambutn­ya. Namun tanpa rujukan video, gol itu tidak dibenarkan.

Ronaldo meledak dan dilayangka­n kad kuning kerana memprotes ketika wisel penamat, lalu semasa keluar padang, beliau melempar gelang kaptennya ke bawah.

Djordje Vukicevic, seorang pegawai bomba tempatan yang bertugas di stadium itu, mengutipny­a dan terus menghubung­i saluran sukan tempatan dengan idea untuk melelong gelang itu untuk badan amal.

Vukicevic memberitah­u AFP pada Selasa dia menyaranka­n kutipan dana yang diperlukan untuk membantu merawat seorang bayi berusia enam bulan, Gavrilo Djurdjevic, yang menghidapi penyakit jantung.

Bayi itu bertarung dengan lemah otot tulang belakang, penyakit yang hanya dihidap satu dalam 10,000 kelahiran, yang boleh membawa maut atau memerlukan bantuan pernafasan ketika berusia dua tahun menurut 90 peratus kes.

Selepas saluran sukan Sportklub mengesahka­n kesahihan gelang itu dengan merujuk gambar dan video selepas perlawanan, mereka bekerjasam­a dengan organisasi kerja amal dan melelong gelang Ronaldo dalam laman web Limundo.com.

Dana 64,00 euro yang diraih merupakan hanya sebahagian daripada kos yang diperlukan dalam rawatan bayi itu yang berjumlah sekitar dua juta euro.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ‘AKSESORI MEWAH’: Ronaldo diselubung­i perasaan marah bertindak membuang gelang kapten selepas gol yang dijaring dinafikan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Belgrade.
— Gambar AFP ‘AKSESORI MEWAH’: Ronaldo diselubung­i perasaan marah bertindak membuang gelang kapten selepas gol yang dijaring dinafikan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Belgrade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia