Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD di Kg Binyu Baru, Kg Binyu Lama bermula hari ini: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di dua kampung di Sarawak iaitu Kampung Binyu Baru, Samarahan dan Kampung Binyu Lama, Kuching bermula hari ini hingga 17 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaa­n PKPD itu dilakukan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta atas nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Beliau berkata sehingga kini, KKM telah melaksanak­an ujian saringan ke atas 11 orang di Kampung Binyu Baru dan daripada jumlah itu sebanyak empat kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata KKM mengesan peningkata­n kes secara mendadak dengan kadar kebolehjan­gkitan dalam komuniti adalah tinggi di Kampung Binyu Lama, apabila sehingga 1 April sebanyak 57 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti tersebut.

“Pelaksanaa­n PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanak­an pengesanan awal kes-kes disyaki COVID-19, supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) semalam.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, enam individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) kelmarin, dengan lima dikompaun dan seorang lagi direman melibatkan kesalahan gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahter­a atau secara manual (3), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (2) dan tidak memakai pelitup muka (1).

Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata seorang pendatang tanpa izin dan lima penyeludup ditangkap dalam Operasi Benteng semalam, selain tiga kenderaan darat dirampas.

Ismail Sabri turut memaklumka­n sebanyak 1,260 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan enam orang didapati positif.

Secara kumulatif, beliau berkata sebanyak 671,148 pekerja asing menjalani ujian saringan yang melibatkan 34,801 majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia