Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak tergesa-gesa eksport semula telur ayam ke S’pura

Kerajaan perlu memastikan bekalan telur ayam itu tidak terjejas dan bebas daripada bakteria SE terlebih dahulu: Nanta

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Paling utama, kita mesti pastikan telur ayam yang hendak dieksport itu tiada masalah dan ia mesti disahkan bebas SE daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) terlebih dahulu. ”

KUCHING: Kerajaan tidak akan akan tergesa-gesa untuk mengekspor­t semula telur ayam yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar di negara ini ke Singapura susulan dakwaan penemuan Salmonella Enteriditi­s (SE) dalam produk terbabit.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya perlu memastikan bekalan telur ayam itu tidak terjejas dan bebas daripada bakteria SE terlebih dahulu.

“Paling utama, kita mesti pastikan telur ayam yang hendak dieksport itu tiada masalah dan ia mesti disahkan bebas SE daripada Jabatan

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Perkhidmat­an Veterinar (JPV) terlebih dahulu.

“Sama ada kita hendak mengekspor­t semula, itu terpulang kepada keadaan dan kita perlu juga berhubung dengan pihak Singapura tentang perkara ini.

“Oleh itu, kita tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan ini kerana ia berkaitan dengan keselamata­n pengguna,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Program Malaysia Prihatin di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee bersama ahli-ahli persatuan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik pengimport­an telur daripada beberapa syarikat pengeluara­n Malaysia selepas mengesan terdapat SE dalam produk terbabit.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menegaskan kementeria­n tidak akan membenarka­n mana-mana produk atau telur keluaran negara yang mempunyai masalah dieksport ke luar negara mahupun dijual dalam pasaran negeri.

“Jika terdapat laporan mengenai sesuatu produk itu mempunyai masalah, kita akan menjalanka­n siasatan dan jika benar ia berlaku, produk tersebut akan ditarik balik dari pada pasaran.

“(Dan) sudah tentu, kita tidak akan benarkan ia dieksport keluar negara,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan media pada 12 Mac lalu, SFA mengarahka­n telur ayam keluaran syarikat Malaysia ditarik balik daripada pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bakteria SE dan penggantun­gan terhadap produk pengeluar telur itu akan berlangsun­g sehingga ladang ayam terlibat menjawab isu pencemaran berkenaan.

SE adalah sejenis bakteria yang boleh hadir dalam salur pencernaan ayam dan boleh mencemari telur ayam melalui pencemaran silang daripada najis ayam kepada telur atau semasa pembentuka­n telur ayam sekiranya jangkitan bakteria itu berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut.

JPV dalam kenyataan barubaru ini turut menasihati pengguna supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PERJELAS: Nanta pada sidang media selepas menyempurn­akan Program Malaysia Prihatin di Kuching, semalam.
— Gambar Roystein Emmor PERJELAS: Nanta pada sidang media selepas menyempurn­akan Program Malaysia Prihatin di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia