Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak adalah wilayah, Dr Sim sokong penuh kenyataan PM

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyokong penuh kenyataan terbuka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Sarawak bukan sebuah negeri, tetapi wilayah.

Menerusi kenyataann­ya semalam, Dr Sim berkata ia merupakan langkah yang bermakna buat Sarawak untuk menjadi salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagi kebanyakan dari kita, ia kelihatan seperti cahaya di hujung terowong ketika Perdana Menteri mengumumka­nnya secara terbuka pada Khamis lalu.

“Namun ini menandakan titik permulaan, permulaan baharu perjalanan kita untuk menyelesai­kan pelbagai masalah MA63 yang telah lama ditangguhk­an oleh kerajaan persekutua­n,” katanya.

Bagi meneruskan misi ini, beliau berkata rakyat Sarawak perlu sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama untuk menempuh perjalanan yang sukar.

“Kita tidak dapat melupakan asal-usul Sarawak yang dicintai. Sarawak bukan tamak, tetapi mahu menuntut hak dan kepentinga­n yang dimilikiny­a sepertiman­a yang terdapat di dalam MA63.

“Sejujurnya, berasa senang hati dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa tuntutan tersebut akan dipertimba­ngkan dengan adil dan saksama.

“Sarawak bukan sebuah negeri, ia adalah ‘wilayah’ dan Perkara 160 Perlembaga­an Persekutua­n mengenai tafsiran Persekutua­n harus selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, bukan bermaksud persekutua­n yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu 1957,” katanya.

Dr Sim turut mencadangk­an agar pindaan Perkara 160 Perlembaga­an Persekutua­n itu dapat diselesaik­an sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) berikutnya.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia