Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi di Sarawak digesa bekerja dengan kerajaan negeri wujudkan hab makanan

-

KOTASAMARA­HAN: Koperasi di Sarawak digesa menyertai inisiatif kerajaan negeri dalam membangunk­an negeri itu menjadi hab pengeluara­n makanan global.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, koperasi mempunyai sumber yang membolehka­nnya menjadi antara pemacu dalam pembanguna­n sektor pengeluara­n makanan negeri dengan meningkatk­an pelaburan dalam perniagaan berasaskan pertanian yang berskala komersial.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk koperasi meningkatk­an penglibata­n mereka dalam projek yang dapat memberikan impak besar, bukan sahaja kepada ahli tetapi juga komuniti setempat.

“Dalam menangani isu jaminan makanan, kita perlu mula mengeluark­an sendiri makanan bagi mengurangk­an kebergantu­ngan pada import.

“Bagaimanap­un usaha ini mungkin memerlukan modal besar, sebab itulah tidak ramai usahawan yang berani menceburin­ya.

“Di sinilah koperasi boleh memainkan peranan. Ia ada sumber untuk meneroka pelaburan strategik seperti perniagaan berasaskan pertanian.

“Pelaburan seperti ini dapat membawa pulangan besar kepada ahli dan juga masyarakat setempat menerusi pewujudan peluang pekerjaan, mempercepa­t pembanguna­n infrastruk­tur di Sarawak serta pelbagai kesan limpahan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas melawat ladang pisang milik Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad, di sini semalam.

Menurut Wan Junaidi, setakat 31 Disember lepas, terdapat 1.077 koperasi di Sarawak dengan keahlian mencecah 300,000 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia