Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal tangki minyak bersama empat kru ditahan atas pelbagai kesalahan

-

MIRI: Gara-gara melakukan pelbagai kesalahan, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki minyak bersama empat kru pada jarak lebih kurang 89 batu nautika barat laut dari Tanjung Lobang di sini pada tengah hari Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, vesel terbabit dikesan dalam keadaan mencurigak­an ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanak­an rondaan Ops Permai sekitar jam 12.50 tengah hari.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati vesel tersebut disyaki melakukan beberapa kesalahan, antaranya Lesen Kapal Domestik telah tamat tempoh, tiada pelepasan pelabuhan serta tiada permit menggunaka­n kru warga asing.

“Kapal tersebut dikendalik­an oleh empat kru termasuk tekong berumur lingkungan 41 hingga 49 tahun di mana dua daripada kru warga tempatan dan dua lagi warga Vietnam disyaki tiada permit kerja di atas vesel Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Md Fauzi berkata, kesemua kru, kapal serta anggaran diesel sebanyak 2,000 liter itu ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana Lesen Kapal Domestik tamat tempoh, Akta Kastam 1967 kerana tiada pelepasan pelabuhan dan Akta Imigresen 1963 kerana kru warga asing tiada permit untuk bekerja di atas vesel tersebut.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan mengutamak­an keselamata­n apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamata­n.

Orang ramai disaran menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Miri menerusi talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 ??  ?? DITAHAN: Empat kru termasuk tekong ditahan dalam operasi tersebut. Gambar bawah menunjukka­n kapal tangki minyak yang dalam keadaan mencurigak­an berjaya ditahan Maritim Malaysia.
DITAHAN: Empat kru termasuk tekong ditahan dalam operasi tersebut. Gambar bawah menunjukka­n kapal tangki minyak yang dalam keadaan mencurigak­an berjaya ditahan Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia