Utusan Borneo (Sarawak)

Servay buka pasar raya keempat di Permy Mall

-

MIRI: Kumpulan Syarikat Servay semalam membuka pasar raya keempat di Miri yang terletak di kompleks beli-belah Permy Mall, Bandar Baru Permyjaya, sini.

Dinamakan sebagai Servay Hypermarke­t Permy Mall, pasar raya ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian termasuk produk segar seperti sayur-sayuran, ikan dan daging.

Selain itu, terdapat juga bahagian tertentu yang mempamerka­n banyak barangbara­ng rumah, aksesori kereta, alat pertukanga­n dan juga peralatan elektrik rumah.

Terdapat juga bahagian yang menempatka­n pakaian, aksesori fesyen dan kasut.

Bersempena dengan pembukaan baharu ini, setiap pelanggan yang membelanja­kan RM199 ke atas akan menerima satu beg beras wangi Thai seberat 5kg atau mereka juga boleh memilih tuala mandi bernilai RM29.99, kata pengurus kawasan Servay Miri Daniel Lai dalam satu wawancara.

Selain itu, pemohon baharu dan ahli sedia ada yang memohon atau memperbaha­rui kad keahlian Servay East Express boleh mendapatka­n beras 1kg percuma, tambahnya.

Dan untuk jangka masa tiga hari bermula semalam, pasar raya ini menganjurk­an Jualan Pembukaan Rasmi di mana pelbagai produk harga yang rendah.

Dengan pembukaan pasar raya ini, Servay mempunyai sejumlah 50 cawangan pasar raya yang terletak di Sabah, Sarawak dan negeri

Kelantan (lapan pasar raya di Kelantan).

Di Miri, tiga cawangan Servay yang lain terletak di Taman Tunku, Morsjaya dan Pusat Komersial Pelita.

Daniel Lai juga memberitah­u bahawa Servay akan membuka pasar raya kelima di Miri yang terletak di Senadin pada tahun ini.

Sebagai salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Sabah dan Sarawak, Servay Hypermarke­t Permy Mall menyediaka­n suasana pusat beli-belah yang selesa untuk penduduk terutamany­a di kawasan Bandar Baru Permy Jaya dan Pujut untuk mendapatka­n barangan keperluan harian mereka.

Servay Hypermarke­t Permy Mall dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

 ??  ?? PELBAGAI PILIHAN: Para pelanggan membeli-belah untuk mendapatka­n keperluan harian mereka.
PELBAGAI PILIHAN: Para pelanggan membeli-belah untuk mendapatka­n keperluan harian mereka.
 ??  ?? JOM SINGGAH: Hari pertama operasi berjaya menarik banyak pelanggan ke Servay Hypermarke­t Permy Mall yang baharu dibuka.
JOM SINGGAH: Hari pertama operasi berjaya menarik banyak pelanggan ke Servay Hypermarke­t Permy Mall yang baharu dibuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia