Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pusat setuju permohonan Sarawak percepat vaksinasi rakyatnya

-

BETONG: Kerajaan pusat bersetuju dengan permohonan kerajaan negeri untuk mempercepa­tkan pemberian vaksin kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan Zon Merah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, Sarawak berhasrat membeli sendiri bekalan vaksin COVID-19 jika bekalan daripada kerajaan pusat lambat diterima.

“Ini kerana kita ada sumber yang boleh digunakan dan pembekal yang telah dikenal pasti untuk mempercepa­tkan pengambila­n vaksin untuk rakyat Sarawak.

“Apa yang merisaukan jumlah kes positif di Sarawak masih tinggi dengan angka yang turun naik setiap hari amat membimbang­kan dan kita harap dengan mempercepa­tkan pengambila­n vaksin ini ia dapat dikekang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Betong di Dewan Panglima Rentap di sini, semalam.

Turut hadir ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam, ADUN Beting Maro Razaili Gapor serta ketua-ketua jabatan.

Sementara itu, Uggah menyeru pengamal media agar tidak menyebarka­n kenyataan negatif berkaitan vaksin COVID-19 sehingga menakutkan rakyat.

“Kita tahu ada pihak antivaksin yang cuba menyebarka­n kenyataan negatif dan cuba menakut-nakutkan rakyat.

“Oleh itu, bagi yang masih keliru tentang vaksin ini sila dapatkan maklumat daripada pihak yang berkenaan untuk penerangan yang sahih,” tambahnya.

Seramai 2,422 anggota barisan hadapan di Betong yang bertugas sepanjang tempoh bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang telah menerima vaksin dos pertama dan sebahagian besar telah melengkapk­an vaksin bagi dos kedua masing-masing.

 ??  ?? IKUT SOP: Uggah membuat imbasan MySejahter­a ketika tiba di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Betong, semalam.
IKUT SOP: Uggah membuat imbasan MySejahter­a ketika tiba di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Betong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia