Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Oya Square bakal jadi tumpuan pengunjung: Fatimah

Kemudahan di kawasan itu akan dibangunka­n secara berperingk­at

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Oya Square bakal menjadi kawasan tumpuan utama para pengunjung di kawasan itu.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguan­an KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kemudahan di kawasan itu akan dibangun secara berperingk­at sesuai dengan peruntukan.

“Kita ada Oya Square, Oya Walk, gerai dan juga Pasar Warisan yang semuanya terletak berdekatan antara satu sama lain,” katanya ketika Majlis Perasmian Papan Tanda Payung Sejahtera di Oya Square, semalam.

Tujuan kawasan itu dibangunka­n katanya, adalah bagi merancakka­n lagi aktiviti atau kegiatan ekonomi masyarakat setempat.

Pada masa sama katanya, ia akan menjadi tarikan pengunjung bukan sahaja dari sekitar Mukah malah dari luar Mukah.

Konsep keunikan melalui payung serta tanglung yang digantung dan juga perpaduan masyarakat setempat menjadi daya tarikan pengunjung di kawasan itu.

Ia juga mempu yai keidahan gerai makanan, selain kawasan rekreasi seperti Oya Walk yang turut bakal dibumbung nanti.

Kita ada Oya Square, Oya Walk, gerai dan juga Pasar Warisan yang semuanya terletak berdekatan antara satu sama lain.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguan­an Kanak-Kanak

Bagi melengkapk­an kemudahan, tempat parkir juga bakal ditambah bagi

memudahkan pengunjung ke kawasan itu.

Fatimah yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat juga mengatakan perancanga­n sama turut dibuat ke atas Pekan Sabtu Oya.

Selain merancang pelbagai peluang perniagaan, beliau turut mencadangk­an satu koperasi diwujudkan khas untuk Pekan Sabtu Oya.

Melalui cara ini nanti katanya, ia boleh memperting­katkan pendapatan mereka.

 ??  ?? TERBAIK: Fatimah (dua kanan) ketika menunjukka­n tanda bagus bersama yang lain, semalam.
TERBAIK: Fatimah (dua kanan) ketika menunjukka­n tanda bagus bersama yang lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia