Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pihak gotong-royong baiki titian pelajar asrama SK St Parish

-

MUKAH: Tiga pihak bergotong-royong membaiki titian pejalan kaki di pintu pagar kedua Sekolah Kebangsaan (SK) St Parish, Balingian baru-baru ini.

Mereka ialah Kelab Sukan dan Rekreasi Balingian (KSRB), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Balingian dan Kelab One Head Balingian.

Guru Besar SK St Parish, Balingian Rizalfaiza Merikan berkata, pihak sekolah amat menghargai inisiatif terbabit.

“Apa yang dibuat oleh pihak yang saya gelar Sahabat Strategik Sekolah (3S) ini dilaksanak­an dengan penuh tulus ikhlas demi anak-anak yang bersekolah di sini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Titian itu digunakan setiap hari oleh pelajar asrama untuk berulang-alik ke sekolah.

Gotong-royong itu bukan sahaja telah memperbaik­i titian, malah melengkapk­an ciri-ciri tambahan keselamata­n dengan pemegang serta penghadang.

Rizalfaiza turut berharap ikatan persahabat­an antara pihak terbabit berkekalan demi kepentinga­n bersama terutamany­a para pelajar yang rata-ratanya dari sekitar Daerah Kecil Balingian.

Program bersepadu antara belia Balingian itu merupakan kerjasama antara rakanrakan belia di kawasan tersebut.

Sementara itu, terdapat satu perancanga­n mengenai binaan laluan pejalan kaki bakal dibina di sekolah berkenaan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Setelah siap dari aspek perancanga­n, kertas kerja dan agensi pelaksana, ia akan melibatkan pembinaan parit konkrit bertutup dan laluan pejalan kaki di Jalan Orang Kaya Abang Abon, Balingian.

 ??  ?? KINI SELAMAT: Titian yang telah siap diperbaiki secara gotong-royong.
KINI SELAMAT: Titian yang telah siap diperbaiki secara gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia