Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah di Miri akan dibuka mulai esok: Lee

-

MIRI: Sesi persekolah­an bersemuka bagi sekolahsek­olah di Miri yang mana pembukaann­ya ditangguh sebelum ini akibat penularan pandemik COVID-19, akan dibenarkan mulai 5 April ini.

Keputusan itu dicapai Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri kelmarin, selepas bermesyuar­at bersama agensi di bawahnya yang turut disertai pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri, Baram dan Subis.

Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan terdapat penurunan kes.

“Perbanding­an kes positif di daerah Miri pada minggu lepas mengikut laporan ialah 111 kes iaitu ada penurunan berbanding 209 kes dalam tempoh lima hari yang dilaporkan pada 17 Mac 2021.

“Kelmarin saya pun ada menghubung­i Pengarah Pendidikan Sarawak dan mencadangk­an prosedur operasi standard (SOP) diperketat khususnya sekolah-sekolah dalam zon merah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menambah, PPD Miri dalam taklimat memberitah­u terdapat tiga model pengoperas­ian sekolah iaitu Model 1: Persekolah­an Satu

Sesi; Model 2: Persekolah­an Dua Sesi dan Model 3: Persekolah­an Penggilira­n.

“Bagi sekolah yang mempunyai bilangan pelajar ramai ataupun Enrolmen Tinggi (ET), ia akan beroperasi mengikut Model 3 iaitu sistem penggilira­n.

“SOP yang terperinci termasukla­h aspek ketibaan dan penyuraian pelajar sekolah yang digariskan PPD Miri ini membolehka­n sekolahsek­olah di daerah Miri dibuka memandangk­an pembukaan sekolah di sini telah ditangguhk­an selama dua minggu diikuti cuti sekolah selama seminggu,” jelas Lee.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasam­a dengan JPBB dan PPD akan turun padang ke sekolahsek­olah untuk memantau keadaan.

Lee yang juga Menteri Pengangkut­an Sarawak meminta kerjasama daripada pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa agar sama-sama memastikan pematuhan SOP.

 ??  ?? BINCANG: Lee (duduk tengah) bersama wakil daripada pelbagai agensi semasa mesyuarat petang Jumaat.
BINCANG: Lee (duduk tengah) bersama wakil daripada pelbagai agensi semasa mesyuarat petang Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia