Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Integrasi Lembu Pawah dijangka tingkat hasil ternakan lembu di Limbang

-

LIMBANG: Projek Integrasi Lembu Pawah jenis lembu import Australia yang diusahakan di Bukit Impas dekat sini sejak 2017 dijangka mampu meningkatk­an hasil ternakan lembu di daerah ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek perintis yang diusahakan Jerry Siran itu berdepan cabaran sebelum ini.

“Sekarang kita lihat lembu sudah beranak dan stabil, selepas ini kita berharap lembu ini akan dapat ditingkatk­an hasilnya,” ujarnya ketika melawat Projek Lembu Pawah di Bukit Impas, barubaru ini.

Mengiringi beliau ialah (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Amirul Fikri Jemali, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Limbang Christophe­r Dawat Anur dan Pengerusi Persatuan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Limbang Uggak Sanggau.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, kementeria­n memberi ternakan secara percuma kepada usahawan yang berminat menjadi penternak.

Apabila ternakan itu melahirkan anak, kementeria­n akan mengambil semula haiwan berkenaan, manakala anak haiwan berkenaan akan diberi kepada penternak untuk terus dibiakkan.

Para peserta katanya, perlu memanfaatk­an projek ini dengan mengusahak­an dan menjaga lembu pawah dengan berjaya sehingga mampu mengeluar daging lembu pawah dalam tempoh enam tahun.

Jelasnya lagi, kerajaan memberi masa kepada mereka untuk membayar balik mengikut bilangan lembu tanpa faedah.

“Kita minta anak lembu berbanding sistem pembelian secara subsidi yang tidak begitu berjaya kerana terdapat petani yang mendapat harga subsidi tetapi esok lusa mereka akan menjual dengan harga biasa untuk mendapat keuntungan sekelip mata,” jelasnya.

Sebelum ini, Jabatan Pertanian Limbang memberi sebanyak 163 ekor lembu pawah kepada tiga peserta.

Daripada jumlah itu, sebanyak 100 ekor lembu pawah diberikan kepada dua peserta di Lawas dan 63 ekor kepada Jerry di Limbang untuk diusahakan diladangny­a yang berkeluasa­n 200 ekar sejak 2017.

 ??  ?? TERNAKAN LEMBU: Dr Abdul Rahman (kanan) bersama Uggak (kiri), Jerry dan Paulus melihat ternakan lembu pawah di Bukit Impas baru-baru ini.
TERNAKAN LEMBU: Dr Abdul Rahman (kanan) bersama Uggak (kiri), Jerry dan Paulus melihat ternakan lembu pawah di Bukit Impas baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia