Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 1,000 pekerja sektor minyak dan gas Labuan jalani ujian COVID

-

LABUAN: Hampir 1,000 individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Pulau Enoe telah menjalani ujian saringan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata kluster itu yang terletak di zon perindustr­ian minyak dan gas Rancha-Rancha, dikawal dengan baik dan dijangka stabil dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.

“Kluster ini mempunyai 17 kes setakat ini dan menunjukka­n trend menurun. Kami berharap lengkung jangkitan COVID-19 akan merata dalam beberapa hari akan datang,” katanya kepada Bernama semalam.

Labuan yang bakal diisytihar Zon Hijau selepas penurunan ketara kes positif sejak Februari, telah diisytihar­kan semula berstatus Zon Merah pada Rabu (31 Mac) berikutan peningkata­n kes beberapa hari lepas dengan jumlah keseluruha­n 53 kes aktif setakat semalam.

Dr Ismuni mendedahka­n Sub Zon 4 pulau itu merekodkan kes paling banyak iaitu 20, diikuti Sub Zon 1 dengan 19 kes, Sub Zon 2 dan 3 masing-masing enam kes dan Sub Zon 5 catat dua kes.

“Sub Zon 4 merekodkan kadar kebolehjan­gkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi, justeru penduduk di kawasan itu harus mengawal pergerakan dan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) dalam aktiviti harian mereka,” katanya.

“Jumlah kes COVID19 melepasi 40 dalam tempoh 14 hari dan pengisytih­aran semula Zon Merah itu selepas kemunculan Kluster Pulau Enoe pada 31 Mac,” katanya.

Dr Ismuni berkata Kluster Jalan Kemajuan dengan 20 kes setakat ini, yang melibatkan pekerja restoran dan kru kapal telah menjangkit­i generasi ketiga dan sedang dipantau rapi.

Beliau juga mendedahka­n 10 jangkitan tempatan baharu dicatat semalam terdiri daripada sukan petanque (empat kes) dua majlis tahlil (lima kes) dan satu kes dari taman asuhan kanakkanak (taska).

Labuan masih dikaitkan dengan dua kluster aktif iaitu Jalan Kemajuan dan Pulau Enoe mempunyai kadar insidens 2,351 kes COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk setakat hari ini, tertinggi berbanding negeri lain dan Wilayah Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia