Utusan Borneo (Sarawak)

Kg Simunul dijadikan jeti nelayan

Kemudahan kepada penduduk terutamany­a nelayan sedia ada

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kerajaan negeri bercadang membina jeti nelayan di kawasan setinggan kampung (Kg) Simunul, di sini bagi memberikan kemudahan kepada penduduk terutamany­a nelayan sedia ada untuk terus mencari sumber pendapatan mereka.

Cadangan itu berikutan kawasan tersebut akan dikosongka­n dan semua penduduk akan dipindahka­n ke penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria secara berperingk­at.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan akan mencari jalan penyelesai­an membantu penduduk Kg Simunul yang akan dipindahka­n itu nanti supaya mereka boleh memulakan kehidupan baharu.

“Kebanyakan penduduk di situ merupakan nelayan dan cara terbaik untuk membantu mereka terus turun ke laut walaupun dipindahka­n kelak adalah penyediaan jeti nelayan.

“Kita tidak mahu pindahkan mereka dan membiarkan begitu sahaja tanpa ada jalan penyelesai­an untuk mereka mencari sumber rezeki dan memulakan kehidupan baharu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, perkara ini akan dibawa ke mesyuarat negeri pada 7 April akan datang supaya tindakan segera dilaksanak­an.

“Kita juga akan bincang secara terperinci dan satu jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi mengubah hala tuju kehidupan penduduk yang tinggal di penempatan setinggan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat kawasan dan memberi bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Simunul, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Pembantu

Menteri Belia Dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pegawai Daerah Semporna Suhaimi Ejip.

Menurutnya, perpindaha­n penduduk Kg Simunul ke PPR Bubul Ria merupakan satu keputusan yang tepat kerana keadaan penempatan di kampung tersebut tidak selamat dan mudah berlakunya kebakaran.

“Bukan sahaja di Semporna bahkan banyak lagi penempatan di Sabah ini masih berstatus setinggan dan tidak selamat untuk didiami.

“Isu setinggan ini sudah dibincangk­an dalam Kabinet kerajaan negeri dan kita telah merancang mencari beberapa kawasan tanah untuk dijadikan kawasan penempatan yang baik untuk memindahka­n penduduk yang tinggal di kawasan setinggan,” katanya.

Terdahulu, kebakaran di Kg Simunul yang berlaku kelmarin melibatkan kemusnahan sebanyak 91 buah rumah setinggan dan sebanyak 528 mangsa telah dipindahka­n di dua penempatan sementara iaitu PPR Bubul Ria serta Dewan Belia Semporna.

 ??  ?? PENERANGAN: Bung (dua kanan) menerima penerangan daripada Suhaimi berkenaan mangsa kebakaran.
PENERANGAN: Bung (dua kanan) menerima penerangan daripada Suhaimi berkenaan mangsa kebakaran.
 ??  ?? TINJAU: Bung turun padang meninjau keadaan Kg Simunul yang terbakar kelmarin.
TINJAU: Bung turun padang meninjau keadaan Kg Simunul yang terbakar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia