Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Jeffrey pilihan STAR bertanding Parlimen Keningau, kian terima sokongan Cina

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Bahagian N41 Liawan siap sedia memberi laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk bertanding mempertaha­nkan kerusi Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka diadakan beberapa bulan dari sekarang.

Ketua Bahagian STAR Liawan Datuk Annuar Banand Ayub Aman berkata, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan yang berada dalam Parlimen Keningau, pilihan satu-satunya dan paling utama kita ialah mencalonka­n kembali Dr Jeffrey di kawasan itu.

“Dr Jeffrey telah memenangi kawasan Parlimen

Keningau pada PRU14 dan kita berkeyakin­an penuh, majoriti yang bakal diperoleh pada PRU15 lebih besar dan memberangs­angkan,” katanya.

Annuar yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporatio­n menegaskan, pengundi Keningau telah memberikan sinar perjuangan STAR sehingga menarik kepercayaa­n Putrajaya untuk melantik beliau menjadi Timbalan Menteri Pelanconga­n sebelum PRN Sabah.

Annuar menyifatka­n perjuangan Dr Jeffrey telah menjadi lambang kepada suara tuntutan hak istimewa Sabah dalam persekutua­n dari dahulu sehingga sekarang.

“Kini perjuangan hak Sabah yang dibawakan Dr Jeffrey kian menampakka­n hasil sedikit demi sedikit,” katanya.

Menurut Annuar yang juga Naib Presiden STAR, Dr Jeffrey perlu terus berada dalam parlimen untuk meneruskan usaha membawa suara Sabah dan

Sarawak dalam memulihkan hak-hak dua negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Annuar menambah, sehingga kini kewibawaan Dr Jeffrey di kerusi Parlimen Keningau belum ada duanya, juga belum ada gantinya.

Parlimen Keningau meliputi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merangkumi Tambunan, Bingkor dan Liawan di mana ketigatiga­nya diwakili STAR.

Di samping Annuar yang memenangi kerusi DUN Liawan atas tiket STAR, DUN Tambunan turut dimenangi Dr Jeffrey manakala DUN Bingkor dimenangi seorang lagi Naib Presiden STAR iaitu Datuk Robert Tawik.

Sementara itu, Fung Tack Wee melihat perkembang­an mutakhir STAR pimpinan Dr Jeffrey sebagai kian mendapat tempat di hati rakyat termasuk kalangan pengundi Cina.

“Penyertaan beberapa pemimpin masyarakat Cina kebelakang­an ini ke dalam STAR dengan sendirinya memberikan gambaran bahawa perjuangan STAR di bawah pimpinan Dr Jeffery kian mendapat tempat di hati mereka,” katanya.

Fung yakin, penyertaan beberapa kalangan tokoh masyarakat Cina ke dalam STAR akhir-akhir ini bakal menyumbang perolehan undi parti itu di kawasankaw­asan bandar di negeri ini.

Terbaharu, Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Kota Kinabalu Datuk Chee Chi Vun, Datuk Simon Chee dan mantan Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) Kapitan Stephen Teo secara rasmi telah menyertai STAR.

Stephen yang juga mantan Bendahari PBS Bahagian Karambunai pada Khamis turut menerima watikah pelantikan dari Dr Jeffrey untuk menjadi Ketua Bahagian Penaja STAR kawasan DUN Karambunai, Sepanggar.

 ??  ?? BANTUAN: Bung (tengah) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran.
BANTUAN: Bung (tengah) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran.
 ??  ?? TIBA: Ketibaan Jonathan (tiga kanan) disambut meriah oleh penduduk.
TIBA: Ketibaan Jonathan (tiga kanan) disambut meriah oleh penduduk.
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR
 ??  ?? DR JEFFREY
DR JEFFREY
 ??  ?? FUNG TACK WEE
FUNG TACK WEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia