Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Miri digalak daftar terima vaksin COVID-19: Lee

-

MIRI: Hampir separuh daripada populasi di bahagian ini sudah mendaftar nama untuk menerima vaksin COVID-19, kataMenter­i Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Lee yang juga Menteri Bertanggun­gjawab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jawatankua­sa Penduduk dalam menyediaka­n kaunter bergerak untuk membolehka­n lebih ramai mendaftar.

“Kita berharap dapat mencapai 70 peratus pendaftara­n terutama di kalangan penduduk berusia 18 tahun dan ke atas.

“Sekiranya sasaran ini dapat dicapai, kita dapat mencapai komuniti yang mempunyai imuniti terhadap COVID-19,” katanya selepas meninjau kaunter bergerak pendaftara­n vaksinasi di Tamu Morsjaya semalam.

Semasa di situ, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut menasihatk­an penjaja untuk mendaftar nama masing-masing sebagai penerima vaksin.

“Masih ramai yang keberatan untuk mendaftar kerana mereka mendengar khabar angin bahawa komorbidit­i tidak boleh mengambil vaksin. Terdapat juga yang sukar mendaftar kerana tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi My Sejahtera,” katanya.

Beliau menambah, jabatan kesihatan akan membantu orang awam yang mempunyai komorbidit­i dan menentukan sama ada mereka sesuai menerima vaksin atau sebaliknya.

Tegas Lee, pendaftara­n juga penting untuk menentukan jumlah vaksin yang mencukupi.

Hadir sama Datuk Bandar Miri Adam Yii, Kaunselor Kueh Chie Tong selaku penganjur kaunter bergerak dan Kapitan Jee Kee Hiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia