Utusan Borneo (Sarawak)

Adakan segera sidang Parlimen pulihkan versi asal Perkara 1(2)

Pindaan perlu untuk kembalikan status Sarawak, Sabah: Chong

- Oleh Jessica Jawing

Kami PH Sarawak hari ini (semalam) semasa mesyuarat menyatakan semua Ahli Parlimen PH Sarawak akan menyokong pindaan Perlembaga­an untuk memulihkan versi asal Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengadakan persidanga­n Parlimen dengan segera untuk membentang­kan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembaga­an bagi tujuan memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam persekutua­n.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang menggesa perkara itu berkata, seperti mana yang dinyatakan Perdana Menteri semasa lawatan ke Sarawak, beliau memberi jaminan akan memulihkan status ‘wilayah’ kepada negeri ini selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengerusi PH Sarawak

Namun kata Chong, untuk untuk berbuat demikian perlu ada pindan bagi Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n bagi membolehka­n perkara itu dicapai.

“Kami PH Sarawak hari ini (semalam) semasa mesyuarat menyatakan semua Ahli Parlimen PH Sarawak akan menyokong pindaan

Perlembaga­an untuk memulihkan versi asal Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Selain itu, sebagai Naib Pengerusi DAP Nasional dan mewakili semua Ahli Parlimen DAP, saya memberi jaminan kepada Muhyiddin semua 42 ahli parlimen DAP menyokong agar pindaan rang undang-undang berkenaan dibentangk­an di Parlimen,” katanya pada sidang media bersama ahli PH Sarawak lain di sini, semalam.

Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata, dengan 112 Ahli Parlimen sedia ada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditambah 42 Ahli Parlimen DAP serta PKR, pindaan berkenaan dapat dibentangk­an.

“Sekarang ia bergantung kepada kerajaan PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Adakan sidang parlimen dan bentangkan pindaan berkenaan,” katanya.

Chong berkata, jangan hanya bercakap sahaja untuk meminda perlembaga­an demi untuk menarik undi.

Chong Chieng Jen

 ??  ?? BUAT SEGERA: Chong (depan, tengah) pada sidang media PH Sarawak, semalam.
BUAT SEGERA: Chong (depan, tengah) pada sidang media PH Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia