Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak tampil beberapa cadangan terhadap program vaksinasi di Sarawak

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak tampil dengan beberapa cadangan agar program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanak­an di Sarawak dapat berjalan dengan lancar.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, cadangan itu dikemukaka­n sebagai pertimbang­an bahawa tahap penerimaan dan pendaftara­n vaksin di Sarawak sangat rendah sedangkan kes COVID-19 berlaku semakin tinggi.

“Kami mencadangk­an antaranya meningkatk­an bekalan stok vaksin kepada Sarawak tanpa perlu ditangguhk­an, membenarka­n klinik swasta dan pengamal perubatan menjalanka­n kempen vaksinasi bersama kerajaan dalam program vaksinasi percuma.

“Menyediaka­n Pas Hijau (perjalanan rentas negeri tanpa perlu kuarantin) bagi mereka yang telah menerima dos kedua sebagai insentif rakyat kerana menerima vaksinasi,” katanya pada sidang media bersama ahli PH Sarawak di sini, semalam.

Tambah Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, selain itu meningkatk­an usaha komunikasi besar-besaran menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) agensi berita kerajaan lain mempromosi­kan manfaat vaksinasi kepada semua komuniti dan etnik seluruh Sarawak.

Pada masa yang sama kata Ahli Parlimen Stampin itu, ia menanam keyakinan kepada rakyat tentang pematuhan prosedur pengendali­an standard (SOP) dengan tidak berat sebelah di mana ia diguna pakai semua tanpa mengira orang kenamaan atau orang biasa.

PH Sarawak kata beliau, mencadangk­an perkara itu kerana menyedari tiga minggu lepas kes jangkitan baharu di Sarawak telah meningkat sehingga menjadi antara tiga negeri tertinggi di negara ini.

Katanya menurut laporan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat 29 Mac 2021 hanya 28.57 peratus populasi Sarawak (591,921) telah mendaftark­an diri untuk penerimaan vaksin.

Beliau berkata, sejak bermula program vaksinasi di Sarawak pada 27 Februari 2021, setakat 1 April (34 hari) hanya 48,078 di Sarawak telah menerima dos pertama vaksin mereka daripada 25,287 yang menerima vaksin kedua.

 ??  ?? TINJAU: Lee (kanan) Yii berbual-bual dengan penjaja semasa pelancaran kaunter bergerak pendaftara­n vaksin di Tamu Morsjaya semalam.
TINJAU: Lee (kanan) Yii berbual-bual dengan penjaja semasa pelancaran kaunter bergerak pendaftara­n vaksin di Tamu Morsjaya semalam.
 ??  ?? TERBAIK: Minos (dua kiri) bersama kakitangan HSL meninjau tapak Bazar Ramadan yang akan dibuka di pekarangan La Promenade Mall di Kota Samarahan.
TERBAIK: Minos (dua kiri) bersama kakitangan HSL meninjau tapak Bazar Ramadan yang akan dibuka di pekarangan La Promenade Mall di Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia