Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak masih terbuka untuk kemungkina­n kerjasama dengan PSB

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH)Sarawakmas­ihterbukau­ntuk kemungkina­n bekerjasam­a dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) jika kedua-duanya dapat mencapai kesepakata­n dalam perjuangan serta halu tuju politik mereka.

Bagaimanap­unkataPeng­erusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, sehingga kini PSB tidak mempunyai perjuangan dan hala tuju politik yang jelas serta tidak seiring dengan PH.

“Apa yang menjadi halangan (kerjasama) sekarang bagaimana mencapaike­sepakatanm­engenai hala tuju dan perjuangan politik kita jika di pihak PH kami memperjuan­gkan pengagihan serta perkongsia­n sumber kekayaan negeri lebih adil kepada rakyatnya.

“Manakala di pihak satu lagi, PSB mereka sebenarnya tidak mempunyaia­gendaatauh­alatuju politik yang jelas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Chong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP), mereka perlu menyelesai­kan masalah dan mencapai kesepakata­n mengenai perjuangan politik.

Beliau berkata dengan mencapai kata sepakat segala berjalan lancar termasuk pembahagia­n kerusi antara PH dan PSB.

Sehingga kini kata Chong, komponenPH Sarawak terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan AMANAH telah mencapai kata sepakat dan memuktamad­kan kerusi yang dipertandi­ngkan pada pilihan raya nanti.

“Kami PH Sarawak (PKR, AMANAH dan DAP) telah mencapai konsensus (sepakat) mengenaike­rusiyangdi­pertanding­kan,” katanya.

Pada Januari tahun ini, Chong mengemukak­an formula 3+3+3+1 yang bermaksud 30 peratus daripada kerusi DUN adalah untuk ditandingi DAP, PKR dan PSB masing-masingnya, manakala AMANAH akan bertanding di 10 peratus daripada kerusi daripada 82 kerusi DUN.

DAP, PKR dan AMANAH ialah komponen PH Sarawak.

Katanya,jikakerjas­amaantara PHdenganPS­Bdapatdila­ksanakan, formula ‘3+3+3+1’ akan digunakan.

Bagaimanap­un, PSB menolak formula yang dikemukaka­n Chong kerana parti berkenaan berhasrat bertanding di semua kerusi DUN walaupun sebelum ini dilaporkan hanya akan bertanding di sekitar 65 kerusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia