Utusan Borneo (Sarawak)

MPKS lulus pembukaan bazar Ramadan di La Promenade Mall

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) meluluskan pembukaan bazar Ramadan di Kota Samarahan sepanjang tempoh bulan Ramadan yang akan tiba ini.

Pengerusin­ya Datuk Peter Minos berkata, salah satu bazar Ramadan yang diluluskan pembukaann­ya ialah Bazar Ramadan La Promenade Mall di Kota Samarahan dekat sini.

“Hari ini (Jumaat) saya meninjau tapak bagi bazar ini dan mendapati ia sesuai yang mana terdapat ruang yang besar dan lebih daripada mencukupi untuk gerai, tempat letak kereta dan sebagainya.

“Pihak penganjur iaitu Kumpulan Hock Seng Lee (HSL) juga mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada peniaga dan pengunjung sebaik dibuka kelak,” katanya ketika tinjauan ke tapak bazar tersebut kelmarin.

Minos turut mengingatk­an para peniaga dan pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan apabila berkunjung ke bazar itu kelak.

Pembukaan bazar tersebut katanya, akan menjadi tarikan baharu pengunjung ke Kota Samarahan untuk singgah membeli juadah berbuka puasa.

Pada masa yang sama katanya, ia dapat meningkatk­an ekonomi penduduk terutama peniaga kecil.

Minos bagi pihak MPKS turut memuji inisitiaf Kumpulan HSL terbabit yang memberi peluang kepada peniaga kecil berniaga.

Bazar Ramadan La Promenade Mall di Kota Samarahan akan dibuka mulai 13 April ini dengan pematuhan ketat SOP.

Hanya tiga orang dibenarkan di dalam setiap gerai pada satu-satu masa dengan gerai diletakkan lebih jauh daripada jarak minimum dua meter yang diwajibkan dalam garis panduan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia