Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Tatau diseru mendaftar, terima suntikan vaksin COVID-19

-

BINTULU: Penduduk khasnya di Daerah Tatau perlu yakin dengan usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19 dengan menerima suntikan vaksin untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan komuniti.

Pemanca Gerosen Jubin berkata, penerimaan suntikan vaksin itu juga adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan membantera­s pandemik tersebut.

“Masyarakat di rumah panjang jangan terpengaru­h dengan berita palsu yang disebarkan berkaitan keburukan vaksin. Ikut sahaja arahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima vaksin tersebut yang mana kesannya akan membawa kebaikan kepada semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Program Vaksinasi COVID-19 untuk suntikan vaksin Sinovac kepada ketua-ketua masyarakat Tatau dan Bintulu di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Klinik Kesihatan Tatau, petang kelmarin.

Gerosen berkata, bagi pendududuk yang belum mendaftar harus berbuat demikian dengan segera.

Penghulu Lim Tcia Hong yang menerima suntikan vaksin sama senada dengan Gerosen sambil berharap masyarakat yakin dengan usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19 dengan menerima suntikan vaksin.

“Tiada apa-apa kesan negatif setelah mendapat suntikan vaksin. Saya menunggu setengah jam selepas disuntik dan saya berasa tiada kesan sampingan,” ujarnya.

Justeru katanya, daftarlah dengan segera sama ada melalui aplikasi MySejahter­a ataupun secara manual supaya memudahkan untuk urusan temu janji dan sebagainya dalam pengambila­n suntikan vaksin terbabit.

Suntikan dos kedua vaksin dijadual diadakan pada 22 April ini.

 ??  ?? TERIMA VAKSIN: Gerosen selepas menerima suntikan vaksin di Dewan Sri Kenyalang UPMKB petang kelmarin.
TERIMA VAKSIN: Gerosen selepas menerima suntikan vaksin di Dewan Sri Kenyalang UPMKB petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia