Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja Katolik Sacred Heart agih salib kecil secara pandu lalu

-

SIBU: Gereja Katolik Sacred Heart di sini telah melaksanak­an pandu lalu untuk membolehka­n ahli gerejanya mengambil salib kecil petang kelmarin kerana tiada upacara sembahyang Jumaat Agung seperti tahun-tahun sebelumnya.

Uskup Katolik Sibu Right Reverend Joseph Hii mengagihka­n salib tersebut kepada ahli gereja di pekarangan gereja.

Ia bermula dari jam 5 petang hingga jam 7 malam yang mana salib itu sudah diberkati bagi kegunaan secara peribadi di rumah.

Pengaturan secara pandu lalu ini dilihat berjalan lancar sambil dikawal ketat pergerakan­nya oleh ahli jawatankua­sa gereja tersebut.

Hii turut memberitah­u kepada ahli gerejanya bahawa tiada upacara sembahyang pada Jumaat Agung termasuk malam ambang Hari

Paska dan Hari Paska pada tahun ini.

Sementara itu, pada 27 Mac lalu Presiden Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) Archbishop Simon Poh mengatakan gereja-gereja di zon Merah dan Jingga, tetap ditutup kepada orang ramai tetapi dibenarkan untuk mengadakan upacara sembahyang hingga maksimum 20 orang yang dipilih oleh pihak gereja hanya melalui penstriman secara langsung semasa Minggu Suci ini.

Beliau juga telah mendedahka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memberikan kebenaran melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membenarka­n gereja-gereja di zon Hijau dan Kuning dibuka dengan kapasiti hingga 50 peratus dengan jarak fizikal sekurangku­rangnya satu meter.

Poh juga menjelaska­n bahawa ‘orang yang dipilih oleh gereja’ merujuk kepada paderi dan ahli jawatankua­sa gereja yang akan menjayakan penstriman secara langsung di gereja sepanjang Minggu Suci.

Dengan situasi COVID-19 yang belum lagi pulih di sini, penganut Kristian di sini disarankan menjalani ibadat masing-masing secara dalam talian yang dilaksanak­an menerusi dalam talian oleh inisiatif gereja masing-masing.

Minggu Suci penganut Kristian bermula pada 28 Mac lalu yang dinamakan Ahad Palma bagi memperinga­ti kemasukan Nabi Isa ke kota Baitulmuqa­ddis disusuli Jumaat Agung dan Hari Paska (Hari Easter).

Tahun ini, Jumaat Agung jatuh pada 2 April lalu dan Hari Paska atau Easter pada 4 April (hari ini).

 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Jaafar (kiri) memakaikan pangkat kepada Anwar yang dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Kapten 9 SSB di Sibu.
TAHNIAH: Abdul Jaafar (kiri) memakaikan pangkat kepada Anwar yang dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Kapten 9 SSB di Sibu.
 ??  ?? MOGA DIBERKATI: Hii (kanan) mengagihka­n salib kecil kepada ahli gereja yang mengambiln­ya secara pandu lalu di pekarangan Gereja Katolik Sacred Heart di Sibu, petang kelmarin.
MOGA DIBERKATI: Hii (kanan) mengagihka­n salib kecil kepada ahli gereja yang mengambiln­ya secara pandu lalu di pekarangan Gereja Katolik Sacred Heart di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia