Utusan Borneo (Sarawak)

Gajah liar naik minyak, musnahkan tanaman

-

GUAMUSANG:Kira-kira30 penduduk Kampung Subong, di sini, mengalami kerugian mencecah RM50,000 apabila hasil tanaman pokok pisang musnah selepas diserang seekor gajah liar yang naik minyak, Khamis lepas.

Seorang penduduk, Zakaria Omar, 53, berkata sebanyak 300 pokok pisang musnah dan dua lembu yang diternak juga mati dipijak gajah liar itu dalam kejadian yang berlaku antara jam 10 malam hingga 3 pagi itu.

Zakaria berkata, gajah liar itu dijumpai berkeliara­n dalam kebunnya sejak dua minggu lepas dan didapati semakin mengganas sejak akhir-akhir ini, sehingga bertindak memijak dua lembu ternakan yang dilepaskan meragut di sekitar kebun getah berdekatan.

“Mungkin selepas pijak lembu itu, gajah terbabit memusnahka­n 150 pokok pisang yang saya usahakan, yang baru sahaja keluarkan hasil tiga bulan lalu dan belum sempat menjualnya,” katanya ketika ditemui di kebunnya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata susulan kejadian itu, penduduk berasa takut untuk memasuki kawasan kebun sama ada bagi kerja menoreh getah atau menebang pokok pisang kerana bimbang dengan keselamata­n mereka.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Nazri Hamzah, 52, berkata hampir setiap hari penduduk ternampak gajah liar itu berkeliara­n di beberapa kawasan kebun.

“Kehadiran gajah liar itu berlaku pertama kali sejak penduduk membuka kebun pisang dan menanam pokok getah 30 tahun lepas...Saya yang terserempa­k beberapa kali dengan gajah itu termasuk pada waktu siang,” katanya.

Jelasnya, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berharap masalah itu diselesaik­an secepat mungkin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia