Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin minta MIC utamakan politik perpaduan

-

KLANG: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MIC boleh melakukan sumbangan besar kepada situasi semasa dengan mengutamak­an politik perpaduan demi kebajikan rakyat, bukan politik pecah belah untuk kepentinga­n sempit.

“Kita telah memasuki era baharu dalam politik negara kita. Tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa bahawa merekalah parti yang paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkeci­lkan peranan partiparti lain. Ini politik lama,” kata Muhyiddin pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74 di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden BERSATU menyampaik­an ucapan khas itu secara maya.

Menurut perdana menteri, dalam era politik baharu sekarang, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

“Kita perlu mengamalka­n budaya politik yang berasaskan kepada persefaham­an, perundinga­n dan konsensus dalam mencari jalan terbaik untuk memelihara kestabilan politik, membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara,” tegas beliau.

“Dalam apa sahaja hala tuju politik yang diambil oleh parti politik, pertimbang­an utamanya mestilah kepentinga­n rakyat dan negara, bukan kepentinga­n individu atau kelompok yang kecil,” tambahnya.

Muhyiddin berkata, semua organisasi politik di negara ini termasuk MIC sepatutnya menjadikan kebajikan rakyat dan kesejahter­aan negara sebagai prinsip panduan dalam menentukan hala tuju parti masing-masing.

Pada masa sama beliau berterima kasih kepada MIC yang terus memberikan sokongan kepada kerajaan PN selain menjadi parti yang pernah bersama-sama mengemudi negara sejak tujuh dekad yang lalu.

“Sumbangan MIC dalam memajukan masyarakat India, baik dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain, telah berjaya meningkatk­an taraf hidup masyarakat India di negara ini.

“Tidak keterlalua­n jika saya katakan dalam setiap kejayaan yang dicapai oleh masyarakat India, terdapat sumbangan MIC di sebaliknya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG: S.A Vigneswara­n (tiga kanan) bersama M. Saravanan (dua kanan) selepas mendengar amanat Muhyiddin secara maya pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74, semalam.
— Gambar Bernama SOKONG: S.A Vigneswara­n (tiga kanan) bersama M. Saravanan (dua kanan) selepas mendengar amanat Muhyiddin secara maya pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia