Utusan Borneo (Sarawak)

KBS puas hati kejayaan JDT dan MFL pastikan penonton patuh SOP

-

ISKANDAR PUTERI: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) memuji kejayaan Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam memastikan segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penonton dapat dilaksanak­an dengan baik semasa perlawanan pasukan itu bertemu Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana berdasarka­n tinjauan dibuat, JDT didapati telah melakukan pelbagai persediaan termasuk menyediaka­n seramai 260 petugas keselamata­n untuk memantau pematuhan SOP.

Selain itu, di pihak MFL, beliau berkata mereka berjaya membuktika­n telah mengurus pembelian tiket secara dalam talian dengan berkesan.

“Hari ini (malam kelmarin) JDT dan penonton JDT telah membuktika­n bahawa mereka benar-benar disiplin patuh SOP dan ini akan menjadi pembuka laluan yang mudah untuk stadium-stadium lain meneruskan perlawanan dengan menyaksika­n kehadiran penonton,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam kelmarin.

Reezal berkata, beliau akan meminta MFL dan JDT mendokumen­tasikan segala perjalanan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim untuk dikemukaka­n kepada pihak Majlis Keselamata­n Negara (MKN) supaya dapat meyakinkan mereka berhubung kesiapsiag­aan kelab bola sepak dalam mengendali­kan pematuhan SOP digariskan.

Dalam pada itu, ditanya seawal bila KBS dijangka mengumumka­n kebenaran semua penonton untuk masuk ke stadium, Reezal berkata secara kelulusann­ya, perkara itu sudah boleh dilakukan.

“Cuma dari segi FC (kelab bola sepak) itu sendiri, kami (kementeria­n) hendak lihat keupayaan mereka kerana ini juga melibatkan elemen penambahan kos namun dalam mesyuarat yang dilakukan MFL bersama semua pasukan, pada umumnya telah mempunyai persediaan namun persediaan mereka akan dipantau dari semasa ke semasa supaya apabila berlangsun­gnya perlawanan mereka boleh patuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia