Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Turki berkas Ahli Parlimen pro-Kurdis yang disingkir

-

ANKARA: Polis Turki kelmarin menahan seorang ahli politik pro-Kurdis pada dua minggu lepas selepas penyingkir­annya dari parlimen atas tuduhan keganasan yang dikaitkan dengan satu kenyataan media sosial, menurut anak lelakinya.

Omer Faruk Gergerliog­lu, 55, merupakan penyokong hak asasi manusia yang terkenal telah membongkar mengenai topik kontrovers­i termasuk penyeksaan dan pemeriksaa­n badan di penjara.

Dia adalah Ahli Parlimen bagi parti haluan kiri Parti

Demokratik Rakyat (HDP) pro-Kurdis, kumpulan pembangkan­g kedua terbesar di Turki, sehingga kerusinya ditarik balik pada 17 Mac.

Anak lelaki Gergerliog­lu, Salih, menyatakan dalam ciapan: “Mereka telah datang untuk menangkap ayah saya” di rumahnya di Ankara.

“Mereka tidak membenarka­n dia memakai sepatunya sebelum mereka memaksanya keluar.”

Pihak polis tidak memberikan komen lanjut,

Mahkamah rayuan utama pada Februari mengekalka­n pensabitan Gergerliog­lu pada 2018 bagi “menyebarka­n

propaganda keganasan” dalam satu kenyataan yang dikongsika­nnya pada 2016 sebelum dia dilantik sebagai Ahli Parlimen di wilayah barat laut Kocaeli.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan enam bulan.

Gergerliog­lu disabitkan selepas berkongsi dan memberikan komen mengenai satu cerita yang melaporkan tentang militan Kurdis menyeru kepada negara Turki agar mengambil satu langkah ke arah kedamaian.

Parlimen kemudian melucutkan kekebalan dan juga kerusinya dalam satu tindakan yang dikecam oleh kumpulan hak asasi.

Dia telah merayu kepada Mahkamah Perlembaga­an agar membatalka­n keputusan namun badan tersebut menolak permohonan itu pada minggu ini, mendakwa kekurangan bidang kuasa mengenai isu berkenaan.

HDP telah berdepan beberapa tindakan sejak 2016 dengan ribuan anggotanya ditahan serta datuk bandar wilayah dan bandar telah digantikan oleh pemegang amanah yang dilantik oleh kerajaan.

 ??  ?? GERGERLIOG­LU
GERGERLIOG­LU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia