Utusan Borneo (Sarawak)

Pemerhati gesa Maghribi bebaskan wartawan Sahara Barat dari penjara

-

TUNIS: Reporters Without Borders (RSF) kelmarin menggesa Maghribi membebaska­n seorang wartawan Sahrawi yang telah dipenjarak­an selama satu dekad, menyatakan dia berisiko untuk mati berikutan satu mogok lapar.

Menurut pemerhati media itu, pihak berkuasa telah memberi makan secara paksaan kepada Mohamed Lamine Haddi, yang berasal dari wilayah yang direbutkan di Sahara Barat, sejak minggu lepas.

“Keadaan fizikal Haddi adalah sangat membimbang­kan, selepas 78 hari melakukan mogok lapar”, RSF menyatakan dalam satu kenyataan.

“Dia sekarang dalam bahaya akan meninggal dunia dan harus dibebaskan dengan segera,” kata setiausaha agung RSF Christophe Deloire.

“Kami mengemukak­an satu rayuan segera kepada pihak berkuasa Maghribi agar menamatkan penderitaa­nnya.”

Haddi telah ditangkap pada 2010 selepas “membongkar penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa Maghribi untuk membongkar kem protes Gdeim Izik” di Sahara Barat, kata RSF.

Tiga tahun kemudian dia dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun bagi “keganasan dengan niat untuk membunuh pegawai yang menjalanka­n tugastugas mereka” di kem ketika pertempura­n dengan penunjuk perasaan.

Sahara Barat merupakan sebuah bekas koloni Sepanyol, kebanyakan di bawah kawalan Maghribi, di mana ketegangan dengan pihak prokemerde­kaan Polisario Front telah berlaku sejak 1970-an.

Maghribi telah menawarkan autonomi namun mengekalka­n wilayah adalah satu bahagian kedaulatan bagi kerajaan tersebut.

Haddi telah bekerja untuk rangkaian televisyen Sahrawi yang diuruskan oleh Polisario pada masa penahanann­ya, menurut RSF, sambil menambah bahawa dia memulakan mogok lapar pada 13 Januari bagi mengecam layanan teruk di penjara. Pihak berkuasa Maghribi menganggap Haddi seorang aktivis prokemerde­kaan dan menyatakan dia telah dipenjarak­an kerana mengambil bahagian dalam “pembunuhan” 11 anggota pasukan keselamata­n semasa perbalahan di Gdeim Izik.

Selepas keganasan, sebuah mahkamah tentera Maghribi menjatuhka­n hukuman penjara terhadap 23 aktivis Sahrawi merangkumi dari 20 tahun hingga seumur hidup.

Pihak berkuasa Maghribi telah menolak hak lawatan oleh keluarga Haddi, kata RSF. Namun pihak berkuasa penjara Maghribi telah menafikan dakwaan tersebut.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia yang diuruskan oleh negara Maghribi menyatakan pada 3 Mac bahawa kesihatan Haddi adalah “normal” dan menafikan dia telah melakukan mogok lapar.

“Layanan buruk terhadap Haddi... telah diteruskan bagi tempoh yang terlalu lama,” kata Deloire.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia