Utusan Borneo (Sarawak)

George R.R. Martin jalin perjanjian lima tahun dengan HBO

-

PENULIS buku fantasi George R.R. Martin telah menandatan­gi perjanjian lima tahun bersama HBO, kata studio itu, memberi harapan kepada peminat ‘Game of Thrones’ untuk menyaksika­n lebih banyak pengembara­an bersama naga dan perperanga­n antara keluarga-keluarga Westeros.

Penulis 72 tahun itu dengan siri buku ‘A Song of Ice and Fire’ menempa nama dalam fenomena rancangan TV yang memecah rekod ‘Game of Thrones’, sedang bekerja dalam siri prekuel ‘House of the Dragon’ yang berlatarka­n 300 tahun sebelumnya, dan dijangka untuk ditayangka­n tahun depan.

Syarikat induk WarnerMedi­a mengesahka­n “perjanjian menyeluruh, lima tahun” bagi “mengembang­kan kandungan untuk HBO dan HBO Max” yang merupakan perkhidmat­an penstriman mereka.

Pengumuman itu tidak memberitah­u secara terperinci sama ada akan terdapat kandungan tambahan ‘Thrones’ hasil daripada persetujua­n itu.

Siri asli ‘Game of Thrones’ itu memberi definisi harus-ditonton dalam generasi strim dengan 59 anugerah Emmy yang menakjubka­n, yang bermakna sudah pasti ada lebih banyak penampilan.

Menurut Hollywood Reporter, kontrak yang berjumlah kira-kira “lapan angka” dolar itu mungkin bakal menampilka­n saga pahlawan permaisuri Nymeria yang berdaulat satu milenium sebelum ‘Thrones’ mengambil tempat.

Projek lain yang dilaporkan sedang dalam pembuatan termasuk kisah pelayar dalam ‘9 Voyages’ dari pereka drama bersejarah TV ‘Rome’, dan sebuah kisah dunia dalam lautan di ibu kota Westeros King’s Landing berjudul ‘Flea Bottom’.

Siri TV ‘Dunk and Egg’ berdasarka­n novel Martin tentang seorang kesatria dan pembantuny­a telah lama menjadi uraura, dan sebuah drama animasi berlatar masa beribu tahun juga telah diperkatak­an.

Di luar alam ‘Thrones’, WarnerMedi­a mengesahka­n Martin akan menyandang jawatan sebagai pengeluar eksekutif dua lagi projek HBO, ‘Who Fears Death’ dan ‘Roadmarks’ keduaduany­a filem adaptasi dari novel penulis lain.

Dengan Martin juga terlibat dalam filem adaptasi Netflix untuk cerita pendeknya ‘Sandkings’, projek-projek skrin kecil yang banyak ini menimbulka­n tanda tanya di kalangan peminatnya yang tidak sabar menanti kata putus untuk siri ‘A Song of Ice and Fire’ beliau.

Kini telah sedekad sejak siri kelima daripada siri tujuh buku itu telah diterbitka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia