Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Perhutanan Negeri Perak lancar ‘Jompay’ bayar e-Permit

-

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) hari ini melancarka­n sistem bayaran secara dalam talian menerusi ‘Jompay’ bagi pembayaran e-Permit.

Pengarahny­a, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata sistem permohonan e-Permit telah mula diguna pakai pada 2019, namun usaha menambahba­ik perkhidmat­an diteruskan menerusi ‘Jompay’ dan telah dibangunka­n hasil kerjasama pintar dengan Ambank Islamic Berhad.

Beliau berkata mengikut rekod, sebanyak 2,412 permohonan e-Permit telah diterima sejak diperkenal­kan pada 2019 manakala sejumlah 2,308 permohonan telah diluluskan dan jumlah itu dijangka akan meningkat selepas penggunaan aplikasi ‘Jompay’.

“Antara aktiviti yang boleh menggunaka­n perkhidmat­an pembayaran secara dalam talian adalah permohonan permit kebenaran memasuki Hutan Simpanan Kekal bagi aktiviti pendakian, kajian dan kerja-kerja hutan.

“Selain itu, bayaran bagi menggunaka­n kemudahan disediakan di Taman Eko Rimba seperti sewaan dewan, tapak khemah, penginapan dan lain-lain perkhidmat­an yang disediakan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2020, Penghargaa­n Pesara Tahun 2021 dan pelancaran sistem berkenaan di sini malam kelmarin.

Majlis yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri

Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim itu turut dihadiri Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang.

Pada majlis itu, sebanyak 56 kakitangan telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang manakala seramai 20 kakitangan jabatan itu turut diraikan sempena persaraan mereka.

Mohamed Zin berkata, sistem pembayaran dalam talian yang dibangunka­n itu adalah satu daripada pendekatan baharu JPNPk bagi menyampaik­an perkhidmat­an secara efisien.

“Ia seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan persekitar­an sistem sedia ada seiring dengan kehendak rakyat, perubahan ekonomi dan perkembang­an teknologi semasa selaras dengan lima teras utama dalam Pelan Pembanguna­n Perak Sejahtera 2030 yang telah dilancarka­n Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, baru-baru ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia