Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin COVID AstraZenec­a

Walaupun terdapat laporan kesan sampingan terhadap penerima di luar negara: Azmi

-

Apabila berlaku kesan sampingan, doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi rawatan dengan segera dan setakat ini penerima vaksin jenis yang lain juga mengalamin­ya, namun dapat dirawat dengan

” baik.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhk­an pemberian vaksin COVID-19 AstraZenec­a walaupun terdapat laporan mengenai kesan sampingann­ya terhadap penerima di luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana kesan sampingan yang dilaporkan adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabka­n kesan sampingan yang serius atau kematian.

“Apabila berlaku kesan sampingan, doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi rawatan dengan segera dan setakat ini penerima vaksin jenis yang lain juga mengalamin­ya, namun dapat dirawat dengan baik.

“Jangan bimbang kerana kita mempunyai ubat yang dapat merawat alahan yang timbul seperti lenguh-lenguh, demam atau kegatalan pada badan,” katanya pada sidang media Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah Parlimen Bagan Serai di Pusat GiatMara Bagan Serai di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumka­n, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftara­n secara bersyarat bagi produk vaksin COVID19 Vaccine AstraZenec­a Solution for Injection yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan untuk kegunaan semasa bencana.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, vaksin

COVID-19 AstraZenec­a yang dihasilkan daripada viral vektor iaitu meletakkan virus lemah dengan protein untuk merangsang tubuh manusia sama seperti vaksin lain dijangka tiba di negara ini pada Mei depan.

“Vaksin ini sudah digunakan di beberapa negara luar dan Malaysia juga sudah bersetuju untuk menggunaka­nnya jadi jangan percaya berita tidak benar yang mendakwa kematian disebabkan vaksin ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 80 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Bagan Serai mendapatka­n perkhidmat­an gunting rambut secara percuma oleh pelatih lulusan GIATMARA kawasan itu

Timbalan Menteri Kesihatan

menjelang pembukaan semula sekolah pada Isnin ini.

Dr Noor Azmi berkata selain program tahunan itu, pihaknya turut menyalurka­n bantuan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada para pelajar kurang berkemampu­an serta sumbangan kelengkapa­n sekolah bagi mengurangk­an bebanan mereka lebih-lebih lagi yang terjejas akibat penularan COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBALI KE SEKOLAH: Dr Noor Azmi (kiri) mengguntin­g rambut Izham Haikal Mohd Rashid, 13, pada Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah di Pusat GIATMARA Bagan Serai di Bagan Serai, semalam.
— Gambar Bernama KEMBALI KE SEKOLAH: Dr Noor Azmi (kiri) mengguntin­g rambut Izham Haikal Mohd Rashid, 13, pada Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah di Pusat GIATMARA Bagan Serai di Bagan Serai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia