Utusan Borneo (Sarawak)

JAKOA ambil tindakan terhadap Valeriya Ashtashova

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap Valeriya Ashtashova yang telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh JAKOA ketika berada di Kampung Orang Asli Pos Woh, Tapah, Perak.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, JAKOA telah menerima maklumat bahawa aktivis Rusia itu telah menyalahgu­nakan dewan di kampung berkenaan untuk dijadikan tempat penginapan serta membawa individu lain untuk tinggal di sana tanpa kelulusan.

“Tindakan ini telah menyalahi peraturan serta menimbulka­n risiko penyebaran pandemik COVID-19 di kampung ini.”

“Selain itu, individu tersebut turut memuat naik kritikan terhadap perkhidmat­an kesihatan yang dilaksanak­an oleh Jabatan Kesihatan untuk masyarakat Orang Asli di media sosial.”

“Selepas beberapa siri pelanggara­n syarat kelulusan, JAKOA telah membatalka­n kelulusan menjalanka­n Program Kelas Bahasa Inggeris dan meminta Valeriya untuk meninggalk­an kampung.”

“Namun, individu tersebut enggan mengikuti arahan serta mengeluark­an kenyataan memburukka­n JAKOA, KPLB dan kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Latiff berkata, pada masa sama individu tersebut juga turut meminta kutipan derma untuk menjalanka­n program itu walaupun notis penamatan program telah dikeluarka­n oleh JAKOA.

“Kutipan tersebut tidak melalui mana-mana pertubuhan berdaftar. Oleh yang demikian, JAKOA akan mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut berdasarka­n undang-undang.”

“Pihak JAKOA juga ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk menjalanka­n program di perkampung­an masyarakat Orang Asli perlu mematuhi syarat-syarat yang telah diberikan.”

“Pendidikan dan kesihatan masyarakat Orang Asli juga sentiasa menjadi keutamaan JAKOA melalui program-program yang telah disediakan seperti yang telah diperuntuk­kan oleh pihak kerajaan,” tegas beliau.

JAKOA juga menasihatk­an agar masyarakat sentiasa memastikan segala kutipan derma yang dibuat atas nama masyarakat Orang Asli perlu melalui pertubuhan yang berdaftar dan diiktiraf bagi mengelakka­n penyalahgu­naan dana kutipan untuk kepentinga­n pihak lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia