Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: KPM akan tutup sekolah jika kecekapan operasi terjejas

-

TASEK GELUGOR: Sekolah yang melaporkan kes COVID-19 hanya akan ditutup jika sebahagian besar guru perlu dikuaranti­n sehingga menjejaska­n kecekapan operasi sekolah, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, keputusan penutupan juga mengambil kira penilaian risiko yang dijalankan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD).

Sekiranya PKD menasihatk­an agar kelas tertentu, tingkat tertentu atau bangunan tertentu ditutup, maka penutupan hanya melibatkan bahagian yang berkenaan, katanya.

“Bagaimanap­un, jika kami mendapati operasi sekolah boleh terjejas disebabkan sebahagian besar guru dikuaranti­n, maka kementeria­n akan melihat sama ada operasi sekolah boleh diteruskan atau ditangguh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor dan wang penyelengg­araan kepada 31 sekolah dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor semalam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang dilapor menggesa agar tindakan drastik termasuk penutupan diambil terhadap sekolah yang melaporkan kes COVID-19.

Mengulas mengenai majlis semalam, Radzi berkata, kementeria­n itu memberi penekanan besar terhadap infrastruk­tur sekolah dengan memastikan penyelengg­araan dijalankan secara berterusan.

“Infrastruk­tur yang baik merupakan asas yang utama supaya anak-anak boleh belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif, serta membolehka­n para guru menyampaik­an pembelajar­an dengan baik,” katanya.

Bagaimanap­un beliau mengakui isu infrastruk­tur di sekolah sukar untuk diselesaik­an sepenuhnya kerana kementeria­n perlu memberi perhatian kepada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia