Utusan Borneo (Sarawak)

Mydin lancar kempen MYDIN Prihatin Girang Syawal Tiba

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SUBANG JAYA: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus menyantuni golongan memerlukan melalui kempen MYDIN Prihatin Girang Syawal Tiba yang dilançarka­n sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pelancaran kempen disempurna­kan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam majlis yang berlangsun­g di Mydin USJ, Subang Jaya pada Khamis lalu.

Datuk Seri Rina Harun berkata, pelbagai kerjasama strategik telah dijalinkan antara Kementeria­n dan syarikat-syarikat korporat.

“Kerjasama ini amat penting untuk Kerajaan menjayakan program-program berkonsepk­an Perkongsia­n Nilai Korporat atau Corporate Shared Value (CSV) bagi memastikan bantuan kepadakump­ulansasard­apat dilaksanak­an secara lebih berkesan.”

“Kementeria­n berharap agar inisiatif sebegini dapat diteruskan dan menyeru sokongan pihak korporat untuk terus menyokong usaha-usaha murni seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, menerusi kempen itu, pihaknya mengambil pendekatan untuk menyantuni golongan yang memerlukan dengan pelaksanaa­n siri jelajah ke beberapa negeri seluruh Malaysia.

“Sepanjang Ramadan dan Syawal ini, MYDIN akan menjelajah beberapa negeri menggunaka­n lori ‘MYDIN Prihatin’ bagi menyalurka­n sumbangan yang merupakan barangan makanan dan kelengkapa­n baju raya.”

“Kami menyasarka­n untuk memberi bantuan pada rumah-rumah kebajikan berdaftar, golongan asnaf dan masyarakat miskin bandar bagi merasai pengalaman menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih bermakna.”

Pada masa sama, Mydin turut melancarka­n Food Bank Mydin Prihatin yang ditempatka­n di 27 pasar raya mereka seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain, Mydin turut melancarka­n Kempen Beli Sambil Menderma bersama jenama-jenama pembekal’ antaranya ialah Ameera, Babas, Cik Suri dan jenama jenama yang lain.

Kempen bermula sejak 1 Mac sehingga 1 Mei depan melibatkan barangan terpilih bagi jenama itu di mana sebanyak lima sehingga 50 sen akan disalurkan ke dana Mydin Prihatin.

Mydin juga menjalinka­n kerjasama dengan MyDebit menerusi Kempen MyDebit dan Menang yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM200,000.

 ??  ?? MYDIN PRIHATIN: Rina berucap pada MYDIN Prihatin Girang Syawal di Mydin USJ, Subang Jaya pada Khamis lalu.
MYDIN PRIHATIN: Rina berucap pada MYDIN Prihatin Girang Syawal di Mydin USJ, Subang Jaya pada Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia