Utusan Borneo (Sarawak)

Olimpik Tokyo: Atlet pelayaran mula berlatih

-

JOHOR BAHRU: Tiga atlet pelayaran negara yang sudah mengesahka­n tiket ke Olimpik Tokyo kini sedang menjalani latihan intensif di perairan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Desaru dekat Kota Tinggi di sini sebagai persiapan ke temasya sukan dunia di Jepun itu.

Nur Shazrin Mohamad Latif yang menyertai acara Laser Radial dan duo Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali, bagi acara Internatio­nal 470 menjalani latihan itu sejak 21 Mac sehingga 11 April ini.

Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata latihan intensif berkenaan merupakan satu daripada dua sesi latihan, ketiga-tiga atlet yang berada di bawah bimbingan jurulatih, Mohd Hafizi Roslee dan Muhammad Sahir A Rahim.

Kamaruzzam­an dalam kenyataann­ya berkata latihan atlet olimpik negara itu akan turut disertai 14 atlet pelayaran lain yang berada dalam pasukan pelayaran Malaysia.

Sesi kedua latihan kesemua atlet terlibat dijadualka­n dari 19 April sehingga 9 Mei depan.

Beliau menegaskan pasukan atlet pelayaran negara hanya tinggal empat bulan untuk membuat persiapan sebelum menyertai Olimpik Tokyo.

Katanya, MSA tidak boleh lagi menunggu keadaan pandemik COVID-19 stabil sebaliknya perlu mengisi ruang dan masa yang ada dengan menjalani latihan intensif itu tanpa kompromi dalam soal pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Untuk rekod, seramai empat atlet pelayar negara dalam tiga kelas layak ke Tokyo menerusi kelas Laser Standard, Laser Radial dan Internatio­nal 470 wanita. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia