Utusan Borneo (Sarawak)

Ducati dominasi masa terpantas dalam latihan

Kedudukan pertama diduduki Miller diikuti Bagnaia dan Zarco pada latihan di Litar Antarabang­sa Losail

-

“Agak sukar untuk menyesuaik­an motosikal untuk kedua-duanya, jadi saya lebih meletakkan fokus pada sesi petang serta mencuba sehabis baik dalam litar untuk berprestas­i lebih baik dari minggu lepas dan berjaya mencatat masa itu dan ” ia seperti detik ‘hidup atau mati’.

DOHA: Jack Miller, Francesco Bagnaia dan Johann Zarco telah membantu Ducati untuk mendominas­i latihan di Grand Prix Doha pada Jumaat.

Miller dari Australia dalam pasukan Ducati, mencatatka­n masa 1 minit 53.145 saat dengan cuaca paling optimum semasa sesi kedua di bawah lampu sorot litar Losail.

Beliau mendahului rakan sepasukan dari Itali, Bagnaia dengan 0.313 saat dan pelumba kelahiran Perancis Zarco (Ducati-Pramac) dengan 0.392 saat.

“Saya berasa amat selesa dengan motosikal itu petang ini, kami mengubahny­a sedikit dan saya rasa lebih baik pada penghujung FP1 semasa siang, tetapi suhu trek dan suhu angin terlalu tinggi,” ulas Miller di penghujung hari.

“Agak sukar untuk menyesuaik­an motosikal

Jack Miller

untuk kedua-duanya, jadi saya lebih meletakkan fokus pada sesi petang serta mencuba sehabis baik dalam litar untuk berprestas­i lebih

Pelumba pasukan Ducati

baik dari minggu lepas dan berjaya mencatat masa itu dan ia seperti detik ‘hidup atau mati’.

Fabio Quartararo dari Perancis (Yamaha) di tempat keempat 0.438 saat di belakang pendahulu DucatiPram­ac itu, dan Jorge Martin di tempat kelima, 0.448 saat selepas Miller.

Juara minggu lepas, juga di Qatar, Maverick Vinales (Yamaha), tamat di tangga kesembilan dan ketinggala­n 0.727 saat.

Juara dunia Joan Mir (Suzuki) di tempat ke-13 dengan 0.867 saat di belakang, dan juara tujuh kali kejohanan MotoGP Valentino Rossi (Yamaha-SRT) di tempat ke14, ketinggala­n 0.967 saat.

Hanya 10 teratas dalam tiga latihan pertama terus layak ke pusingan kelayakan kedua dan akhir pada Sabtu yang mana tempat hadapan menjadi rebutan.

Ia akan menjadi sukar buat Mir dan Rossi untuk menambah baik masa mereka semasa latihan ketiga pada Sabtu pada jam 12:15 tengah hari waktu tempatan ketika trek lebih panas daripada dua pusingan sebelumnya dan memberi lebih kurang cengkaman.

Juara enam kali MotoGP Marc Marquez dari Honda masih tidak dapat menyertai perlumbaan ekoran keretakan tangan musim panas lepas.

 ?? — Gambar AFP ?? MENYERLAH: Miller semasa sesi latihan menjelang MotoGP Grand Prix Doha di Litar Antarabang­sa Losail.
— Gambar AFP MENYERLAH: Miller semasa sesi latihan menjelang MotoGP Grand Prix Doha di Litar Antarabang­sa Losail.
 ?? — Gambar AFP ?? VETERAN HEBAT: Rossi melakukan aksi ‘wheelie’.
— Gambar AFP VETERAN HEBAT: Rossi melakukan aksi ‘wheelie’.
 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Zarco mewakili Ducati-Pramac ditempat ketiga.
— Gambar AFP HEBAT: Zarco mewakili Ducati-Pramac ditempat ketiga.
 ?? — Gambar AFP ?? UNGGUL: Bagnaia ditempat kedua masa terpantas.
— Gambar AFP UNGGUL: Bagnaia ditempat kedua masa terpantas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia