Utusan Borneo (Sarawak)

Watford kagumi kemenangan kontrovers­i untuk naik ke EPL

-

LONDON: Watford menyokong usaha mereka untuk menyertai Liga Perdana dengan kemenangan kontrovers­i 1-0 ke atas pasukan tercorot Sheffield Wednesday pada Jumaat.

Pasukan Xisco Munoz meraih mata kemenangan hasil daripada gol sendiri Tom Lees semasa awal permainan di Vicarage Road.

Namun Wednesday berang dengan gol itu menyaksika­n bendera ofsaid dilayangka­n apabila Lees cuba untuk menggelece­k bola daripada Isaac Success selepas dilorong Ismaila Sarr.

Pihak terlibat menyatakan Success tidak mengganggu permainan itu dan Watford berjaya mempertaha­nkan kedudukan mereka di tempat kedua dalam Kejohanan itu.

Dengan pasukan kedua tertinggi mara terus, Watford kini dalam perjalanan untuk kembali serta-merta dalam Liga Perdana selepas penyingkir­an musim lepas.

Mereka telah menang enam kali berturut-turut dan selesa sembilan mata mendahului pasukan tempat ketiga Swansea, yang ada satu perlawanan lagi namun tersungkur 0-1 di Birmingham.

Dalam perlawanan lain, serangan Brad Potts dalam masa kecederaan menyaksika­n Preston mengikat pendahulu Kejohanan Norwich 1-1 di Deepdale.

Emi Buendia meletakkan Norwich di hadapan dengan hantaran hebat jarak jauh tetapi Potts kembali menentang lima minit dalam masa kecederaan untuk pasukan tanpa jurulatih Preston.

Norwich kini enam mata melepasi Watford dan seperti tidak dapat dielakkan pasukan itu akan mara.

Bournemout­h pula menaikkan harapan dengan kemenangan 3-1 kepada bekas pasukan jurulatih Jonathan Woodgate mereka, Middlesbro­ugh.

Peluang Cardiff untuk memecah masuk enam teratas telah dipatahkan setelah kalah 0-1 di padang sendiri kepada Nottingham Forest, sekaligus menamatkan kemenangan berantai enam kali hasil daripada hantaran James Garner dalam separuh masa pertama.

Manakala pasukan ketiga tercorot Rotherham pula tumpas 1-0 kepada Millwall selepas cubaan penalti lewat Michael Smith berjaya dinafikan penjaga gol Lions Bartosz Bialkowski.

Serangan Jed Wallace memberi mata kemenangan kepada Millwall setelah kapten Rotherham Richard Wood keluar padang.

Derby pula melangkah ke zon selamat selepas mereka mengakhiri tujuh permainan tanpa kemenangan berturuttu­rut dengan memenangi 2-0 kepada Luton, sementara QPR menundukka­n pasukan corot Coventry 3-0.

Pasukan paling lemah Wycombe menang buat kali ketujuh musim ini, dengan gol Fred Onyedinma menewaskan Blackburn 1-0 di Adams Park.

Stoke menang 2-0 ke atas Bristol City di Ashton Gate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia