Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet bina badan Sabah diminta kembali aktif: Joannes

-

KOTA KINABALU: Atlet bina badan negeri ini diminta kembali aktif dengan perancanga­n terperinci terutama dalam menghadapi kejohanan termasuk Mr Sabah yang akan dianjurkan pada Julai 2021.

"Kita gembira kerana aktiviti sukan sudah dibenarkan termasuk penganjura­n kejohanan tetapi tentunya semua aktiviti yang kita buat adalah dalam norma baharu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana kita masih dalam krisis COVID19.

"Oleh itu, saya berharap semua ahli bina badan negeri ini sentiasa patuhi SOP dalam apa juga aktiviti yang dilakukan termasuk semasa latihan," kata Presiden Persatuan Bina

Badan Negeri Sabah (SBBA), Joannes Staneslous ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berharap, takwim aktiviti persatuan yang telah diumumkan baru-baru ini dapat membantu ahli bina badan membuat perancanga­n terutama dalam persiapan menghadapi kejohanan Mr Sabah.

Katanya, masih ada masa kira-kira empat bulan untuk atlet bina badan membuat perancanga­n rapi bagi menghadapi Mr Sabah kerana kejohanan itu dijadualka­n akan berlangsun­g pada 31 Julai.

Bagaimanap­un katanya, kejohanan itu bukan medan bagi memilih atlet mewakili Sabah ke kejohanan kebangsaan Mr Malaysia seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, Mr Malaysia dijadualka­n berlangsun­g di Kedah pada November.

"Tempoh antara Mr Sabah dan Mr Malaysia itu agak jauh. Oleh itu, Mr Sabah bukan medan pemilihan ke Mr Malaysia. Kita akan ada kaedah khusus bagi memilih wakil Sabah ke Mr Malaysia.

"Bagaimanap­un, Mr Sabah tetap penting dan kita mahu melihat yang terbaik dari peserta yang mengambil bahagian teruama kerana ia adalah kejohanan pertama tahun ini," katanya.

Selain, penganjura­n kejohanan, SBBA juga telah merancang beberapa program lain seperti kursus kejurulati­han dan pengadil sepanjang tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia