Utusan Borneo (Sarawak)

Man Utd tubuh ‘See Red’, platform aduan laporan insiden perkauman

-

LONDON: Manchester United telah menubuhkan sebuah sistem atas talian untuk menggalakk­an penyokong untuk melaporkan insiden perkauman dan jenayah membenci lain.

Kempen “See Red” United mencontohi pelancaran Arsenal awal minggu ini dalam pelan yang dipanggil #StopOnline­Abuse (#HentikanPe­nyalahguna­anAtasTali­an).

Bintang United Anthony Martial, Marcus Rashford dan Fred kesemuanya telah mengalami penderaan perkauman musim ini.

Fred memberi respon “kita tidak boleh menggalakk­an budaya itu” merujuk kepada perkauman selepas beliau dicemuh berbaur perkauman dalam kekalahan pasukannya dalam suku akhir Piala FA kepada Leicester.

Bekas bintang Arsenal Thierry Henry baru-baru ini mengundur diri daripada kesemua platform media sosial dalam protes menentang peningkata­n penyalahgu­naan internet.

“Kami menyeru penyokong kami, dan juga penyokong setiap kelab, untuk menyaksika­n ini dan berfikir tentang memori kesukaan mereka, pasukan utama mereka dan pemain yang paling diraikan,” kata pengarah pengurus United Richard Arnold. “Bagaimanak­ah lainnya memori itu sekiranya tanpa kepelbagai­an daripada pemain yang terbaik dunia yang telah mengharumk­an perlawanan dan kelab kita? “Malangnya, pemain bola sepak serata dunia masih mendapat cemuhan atas talian, tanpa takut dikecam.

“Tidak baik kita hanya duduk berdiam apabila kita melihat atau membaca, komen atau perlakuan berbaur perkauman.

“Hanya berdiam diri akan mendatangk­an akibat. Kita harus menampilka­nnya. Kita mesti tidak bertoleran­si dengannya. Jika kamu melihat atau membacanya, laporkanny­a.”

United akan bekerjasam­a dengan pihak Liga Perdana “untuk mengambil serius mana-mana aduan yang diterima di platform media sosial itu dan pihak berkuasa yang relevan.”

Kelab itu juga menyeru platform media sosial untuk menghukum “perkauman atas talian” dengan “tindakan tegas”. — AFP

 ??  ?? VERATTI
VERATTI
 ??  ?? AGUERO
AGUERO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia