Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Aguero tidak akan diganti dalam kadar segera

-

LONDON: Pep Guardiola menyatakan Manchester City mungkin tidak akan mengganti penyerang handal Sergio Aguero ekoran kemeleseta­n kewangan disebabkan pandemik COVID-19.

Guardiola menambah, pendahulu Liga Perdana itu mempunyai bakat mencukupi untuk bertanding tanpa Aguero apabila perjanjian­nya tamat hujung musim ini.

Pemain kelahiran Argentina itu menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011, tiga tahun selepas diambil alih pemilik Abu Dhabi, dan akan pergi selepas 10 tahun yang dipenuhi trofi, dengan 257 gol dalam 384 perlawanan setakat ini.

City telah dikaitkan dengan bintang dari Norway Erling Haaland, kapten England Harry Kane dan pemenang Piala Dunia Kylian Mbappe tetapi Guardiola tidak pasti sasaran seperti mereka ialah realistik.

Sungguhpun City merupakan salah satu kelab terkaya dalam Liga Premier, seperti pasukan lain tiada penonton hadir sepanjang tahun ini.

“Kemungkina­n besar bahawa kami tidak akan menandatan­gani pemain penyerang musim depan,” kata Guardiola semasa sidang media pada Jumaat.

“Kami ada pemain yang cukup dalam pasukan pertama kini dan mempunyai pemain hebat dalam akademi.

Guardiola mengakui Aguero ialah seorang ikon dalam skuad itu dan amat perit untuk memperbaha­rui kontraknya.

Walau bagaimanap­un, Aguero menghadapi musim yang mengecewak­an kerana kecederaan dan terpaksa keluar padang selama sebulan setelah dijangkiti COVID-19.

Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak telah memberitah­u bahawa sebuah arca pemain penyerang itu telah diarahkan untuk didirikan bersama arca kehormatan pemain bekas sepasukann­ya David Silva dan Vincent

Kompany.

“Kami sedar kepentinga­n beliau sebagai pemain utama kini dan sebelumnya. Keputusan ini bukan mudah.” Kata Guardiola.

Aguero memenangi empat kejuaraan Liga Premier, dengan yang kelima kelihatan pasti buat musim ini menyaksika­n City mendahului Manchester United dengan 14 mata.

Mereka masih berhasrat memburu kejuaraan bersejarah empat kali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia