Utusan Borneo (Sarawak)

PEMIMPIN AKAR UMBI ‘JAMBATAN’ ANTARA RAKYAT, KERAJAAN

Ketua masyarakat dan ketua kaum harus memahami dasar kerajaan negeri sebelum sebar kepada masyarakat: Rolland

- Oleh Kepu Sidi

“Ketepatan maklumat yang disalurkan oleh KMKK kepada masyarakat secara tidak langsung akan mengurangk­an salah faham dan meningkatk­an persefaham­an antara jentera kerajaan Sarawak dan rakyat. ”

SARIKEI: Pemimpin akar umbi khasnya ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) perlu memahami dasar-dasar kerajaan negeri sebelum menyampaik­annya kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, KMKK umpama ‘jambatan’ antara kerajaan dan masyarakat.

“Ketepatan maklumat yang disalurkan oleh KMKK kepada masyarakat secara tidak langsung akan mengurangk­an salah faham dan meningkatk­an persefaham­an antara jentera kerajaan Sarawak dan rakyat.

“Kerjasama erat antara KMKK dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n

ADUN Meluan

Kampung (JKKK) juga amat penting, di samping penglibata­n agensi kerajaan negeri lain dalam memastikan kampung atau rumah panjang di bawah jagaan mereka menerima pembanguna­n secara konsisten.

“Oleh itu, kita amat berharap KMKK dapat menjalanka­n tanggungja­wab yang telah diamanahka­n kepada mereka dengan sebaik mungkin dan bersikap adil dalam semua perkara,” kata Rolland.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum Daerah Julau, semalam.

Majlis anjuran Pejabat Daerah Julau di Dewan Masyarakat Julau itu dihadiri kira-kira 120 KMKK dari Daerah Julau.

Dalam ucapannya juga, Rolland menyeru KMKK agar sentiasa berusaha meningkat kemahiran masing-masing dalam pelbagai perkara termasuk teknologi maklumat (IT).

Katanya, ini amat penting bagi mengimbang­i tugas sebagai KMKK yang ketika ini semakin meluas.

“Kini, bidang tugas seseorang KMKK amat besar dan merangkumi pelbagai bidang.

“Oleh itu, kita berharap KMKK yang telah dilantik semula atau yang baharu dapat menjalanka­n tugas mereka dengan sebaik mungkin,” tegas Rolland.

Sementara itu, wakil Pegawai Daerah Julau Louis Yeo Soon Guan dalam ucapan alu-aluannya menyeru KMKK agar sentiasa mengingatk­an penghuni rumah panjang di bawah jagaan masing-masing untuk menjaga diri dengan mengambil langkah pencegahan COVID-19.

“Ini amat penting untuk memutuskan rantaian penularan pandemik CPVIS-19 di Daerah Julau dengan harapan kes positif menurun dan Daerah Julau kembali berstatus Hijau,” kata Louis.

Pada program itu, seramai 49 tuai rumah menerima sijil lantikan baharu, manakala seorang penghulu, dua kapitan dan 52 tuai rumah menerima sijil lanjutan.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Brian Fung Kok Shiun.

Rolland Duat Jubin

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Rolland (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang tuai rumah sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
TAHNIAH: Rolland (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang tuai rumah sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia