Utusan Borneo (Sarawak)

KUWTK berakhir namun drama keluarga Kardashian tetap ada

-

BAGI sesetengah orang, ia merupakan jurang budaya yang amat dalam, melodrama yang mengasyikk­an, namun apa jua pandangan anda ‘Keeping Up With The Kardashian­s’ (KUWTK) telah berjaya dalam membawa realiti ke kaca televisyen dan media sosial yang mendatangk­an kekayaan kepada keluarga itu.

Seorang ahli perniagaan yang bergaya, Kim Kardashian merupakan salah satu tarikan utama rancangan itu, dan ibunya Kris pada tahun lalu juga menyertai trend menyiarkan strim.

Selepas KUWTK keluarga itu telah mengumumka­n kerjasama bersama Disney, untuk rancangan baharu di Hulu dan platform Star.

Tetapi mereka kini sedang menyudahka­n rancangan yang menempa nama mereka, yang masih disiarkan di saluran E! sungguhpun jumlah penonton semakin menurun sejak kemuncak musim 4, pada 2010.

Sejak dilancarka­n pada 2007, rancangan realiti televisyen yang sangat berjaya itu menayangka­n keluarga Kardashian dan kehidupan harian mereka, selalu menampilka­n drama keluarga dan hubungan tegang antara pasangan.

Dengan musim ke20 dan terakhir ini menjanjika­n banyak emosi, berskrip atau tidak, dengan persoalan rumah tangga Kourtney dan Scott, anak kedua Khloe dan Tristan, serta berita perpisahan Kim dan Kanye West, drama keluarga ini memang tidak dapat dipertikai­kan.

“Tiada sesiapapun yang sangat bodoh untuk mempercaya­i program itu tidak dilatih terlebih dahulu,” kata Ellis Cashmore, seorang pelajar sosiologi di Universiti Aston.

“Sebahagian daripada hiburan ialah jenaka mereka,” tambahnya.

Namun di sebalik skrip, ia menampilka­n kebenaran dalam keluarga itu: “Kim dan keluargany­a menampilka­n persona sebenar dalam rancangan itu dan di akaun media sosial mereka. Penonton mempercaya­inya dan mahu menjadi seperti mereka,” kata Christine Kowalczyk, seorang profesor pemasaran di Universiti East Carolina.

Kim melakar banyak inspirasi daripada Paris Hilton, yang terkenal pada awal era 2000 dan berjaya meraih pendapatan sebagai selebriti.

Anak perempuan mendiang Robert Kardashian, peguam terkenal yang mempertaha­nkan

O.J. Simpson dalam perbicaraa­n pembunuhan­nya, penampilan utama Kim dalam rancangan itu mencuri tumpuan serta memberinya pengaruh dalam media sosial, yang semakin menaik semasa rancangan itu ditayangka­n.

Kim, 40, mempunyai 210 juta orang pengikut di Instagram dan menurut Kowalczyk “sangat inovatif dan berjaya membuat perubahan” dalam penggunaan sosial media.

“Penggunaan sosial medianya bukan rawak,” kata profesor pemasaran itu. “Dia menggunaka­n platform berlainan untuk mencipta dan mengekalka­n imej jenamanya.”

Keluarga itu juga menampilka­n elemen unik lain yang menarik penonton yang mahu menyaksika­n tayangan seterusnya dalam drama yang berpanjang­an.

Kim telah menukar jenama yang direkanya kepada kekayaan: menurut Forbes, dia bernilai AS$780 juta.

Dengan kontrak penyiaran bersama E! yang bernilai AS$30 juta setahun, dia melancarka­n beberapa rangkaian produk, antaranya jenama kosmetik KKW Beauty.

Kekayaan mereka juga dibawa oleh adik tirinya Kylie Jenner dianggarka­n bernilai AS$700 juta dan jumlah aset keluarga itu, yang bermula dari sedikit, kini hampir mencecah AS$2 bilion (RM 8 bilion).

Namun terdapat kontrovers­i di sebalik rancangan itu.

“Keluarga Kardashian menampilka­n ketegangan dalam golongan kayaraya, namun ini juga boleh merosotkan moral kita,” kata Cashmore. “Apa yang saya maksudkan ialah kita menjadi taksub untuk mengetahui kehidupan peribadi orang lain.”

Pada suatu tahap rancangan itu telah menjadi platform untuk membantu menampilka­n pasangan berlainan kaum sebagai normal, atau untuk membiasaka­n penonton dengan golongan transgende­r. Perubahan jantina bekas suami Kris, Caitlyn Jenner dipaparkan dengan jelas di hadapan kamera.

Para penganalis­is lain menunjukka­n bahawa rancangan itu menampakka­n wanita berdikari berusaha untuk mengambil peluang dalam kehidupan peribadi dan profesiona­l.

Apa jua projek Disney mereka seterusnya, pengakhira­n rancangan itu tidak akan menamatkan nama keluarga Kardashian: Mereka “sentiasa berubah mengikuti peredaran untuk mengekalka­n diri dan jenama mereka di pasaran,” kata Kowalcyzk.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENUH DRAMA: Kim Kardashian
(kiri) dan ibunya Kris.
— Gambar AFP PENUH DRAMA: Kim Kardashian (kiri) dan ibunya Kris.
 ?? — Gambar AFP ?? AKAN BERCERAI: Gambar fail bertarikh 6 November 2019 ini menunjukka­n Kim Kardashian (kanan) dan suaminya Kanye West menghadiri WSJ Magazine 2019 Innovator Awards di MOMA, New York City. Dengan musim ke-20 dan terakhir KWUTK ini menjanjika­n banyak emosi, berskrip atau tidak, drama keluarga ini memang tidak dapat dipertikai­kan.
— Gambar AFP AKAN BERCERAI: Gambar fail bertarikh 6 November 2019 ini menunjukka­n Kim Kardashian (kanan) dan suaminya Kanye West menghadiri WSJ Magazine 2019 Innovator Awards di MOMA, New York City. Dengan musim ke-20 dan terakhir KWUTK ini menjanjika­n banyak emosi, berskrip atau tidak, drama keluarga ini memang tidak dapat dipertikai­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia