Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 290 KES BAHARU, SATU KEMATIAN SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan 290 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam dengan satu lagi kematian baharu dilaporkan di Bintulu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 86 kes diikuti Bintulu (81), Miri (36), Sibu (22) dan Samarahan (7).

Manakala lain-lain kes dikesan di Kapit (6), Subis (6), Julau (5), Bukit Mabong

(4), Meradong (3), Marudi (3), Sarikei (2), Selangau (2), Sri Aman (2), Tebedu (2), Tanjung Manis, Tatau dan Belaga masingmasi­ng satu.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 17,135 kes manakala jumlah keseluruha­n kematian meningkat kepada 113 orang.

“Daripada 290 kes baharu yang dilaporkan, 156 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

“Manakala 104 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada, 20 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, lapan kes lain-lain saringan dan masing-masing satu kes melibatkan individu balik dari Papua New Guinea dan dari negeri lain di Malaysia,” katanya.

Mengenai kes kematian ke-113 yang dilaporkan semalam, ia melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu.

Kes disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2021 dan ujian rT-PCR yang diambil pada 30 Mac didapati positif pada 2 April 2021.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 226 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Miri (48), Hospital Bintulu (48), Hospital Sibu (39), PKRC Serian (32), Hospital Umum Sarawak (25), Hospital Sarikei (21), PKRC Hospital Kapit (12) dan PKRC Mukah (1).

Ini menjadikan jumlah kes yang telah pulih meningkat kepada 14,244 orang atau 83.13 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,721 orang.

Mengenai kes orang disyaki (PUI), terdapat 290 PUI baharu dilaporkan semalam dengan satu PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia