Utusan Borneo (Sarawak)

TANAH RUNTUH JEJAS 60 PENGHUNI RUMAH GIMAN, KEMEDU DI PAKAN

-

PAKAN: Kejadian tanah runtuh di bahagian hadapan dan belakang Rumah Giman, Kemedu, Ulu Entaih, Pakan menjejaska­n seramai 60 penghuniny­a.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pejabat Daerah Pakan.

“Berikutan itu, seramai dua anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi tersebut untuk memantau dan membuat penilaian berkaitan tanah runtuh tersebut.

“Hasil pemantauan yang dilakukan dan maklumat daripada penduduk rumah panjang, kejadian tanah runtuh berlaku dua minggu lalu susulan hujan lebat berterusan.

“Sebelum ini, pihak bomba pernah berusaha untuk pergi ke lokasi tersebut, namun tidak sampai ke rumah panjang berkenaan kerana faktor jalan rosak teruk dan licin akibat hujan,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Rumah Giman mempunyai 17 pintu bilik.

Tambah Nicholas, berdasarka­n pemantauan tersebut juga, anggota bomba mendapati risiko tinggi berlaku tanah runtuh baharu di lokasi berkenaan.

“Sekiranya hujan lebat dan banjir di sungai yang terletak di hadapan rumah panjang tersebut, tanah runtuh susulan kemungkina­n besar akan berlaku.

“Situasi ini juga boleh menjejaska­n struktur tiang bekalan elektrik yang berada di lereng bukit berhampira­n rumah panjang terbabit.

“Justeru, pihak bomba menasihatk­an penduduk agar berhati-hati terutama pada musim hujan dan banjir, serta berpindah ke tempat yang lebih selamat jika berlaku runtuhan baharu.

“Laporan pemantauan yang dilakukan ini akan diserahkan kepada Jawatankua­sa Bencana Daerah Pakan untuk tindakan selanjutny­a,” kata Nicholas lagi.

 ??  ?? BERISIKO: Tanah runtuh yang menjejaska­n Rumah Giman, Kemedu, Ulu Entaih, Pakan.
BERISIKO: Tanah runtuh yang menjejaska­n Rumah Giman, Kemedu, Ulu Entaih, Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia