Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus sentiasa patuh SOP

Sarawak masih merekodkan banyak kes positif COVID-19 dan kawasan kampung, rumah panjang juga tidak terkecuali

-

“Kita telah melihat bagaimana selepas pengebumia­n, perkahwina­n, sabung ayam, ulang tahun dan perhimpuna­n acara sosial yang lain, kes positif yang dilaporkan akan meningkat dengan membimbang­kan. ”

KUCHING: Masyarakat di luar bandar harus sentiasa saling mengingati akan kepentinga­n mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menentang pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes yang melibatkan COVID-19 masih banyak berlaku dan kini lebih banyak kes positif dari kawasan luar bandar.

“Menerusi pemerhatia­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kebanyakan kes meningkat apabila berlakunya aktiviti sosial di rumah panjang atau kampung.

“Kita telah melihat bagaimana selepas pengebumia­n, perkahwina­n, sabung ayam, ulang tahun dan perhimpuna­n acara sosial yang lain, kes positif yang dilaporkan akan meningkat dengan membimbang­kan.

Timbalan Ketua Menteri

“Ini kerana COVID-19 merebak dengan cepat dalam keadaan yang sesak. Seseorang yang telah dijangkiti akan menyebarka­nnya kepada lebih ramai orang, patuhi SOP,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Pengerusi JPBNS turut menyampaik­an cek geran kerajaan negeri bernilai RM500,000 kepada wakil yang juga Pengerusi

Jawatankua­sa Masjid Darul Syifa, Spaoh iaitu Wan Setia Wan Akil.

Sebelum itu, Uggah mengunjung­i Dewan Panglima Rentap di Betong untuk melihat sendiri program vaksinasi bagi kumpulan barisan hadapan di bahagian tersebut.

Beliau ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas dan Beting

Maro, Mohamad Razi Sitam dan Razaili Gapor.

Katanya, kira-kira 2,422 petugas barisan hadapan di bahagian itu sudah menerima dos pertama dan dijangkaka­n vaksinasi akan diberikan sepenuhnya kepada petugas menjelang penghujung bulan ini.

Uggah berkata, persiapan untuk program vaksinasi di seluruh negara sedang berjalan lancar dan petugas kesihatan juga sudah bersedia namun masih menunggu ketibaan bekalan vaksin.

Menurutnya, sejumlah 1.23 juta rakyat Sarawak telah berdaftar menerusi aplikasi MySejahter­a dan secara manual untuk mendapatka­n vaksin COVID-19.

“Kami berharap sektor swasta akan menghantar senarai pekerja mereka selewat-lewatnya pada 12 April ini,” ujarnya.

Kerajaan negeri juga sedang menunggu keputusan daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) selepas mesyuarat mengenainy­a diadakan berkenaan kebenaran bagi mereka yang telah menerima dos penuh untuk dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negeri atau negara.

Sementara itu, Uggah diiringi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal turut mengunjung­i Kompleks Sukan Spaoh untuk memeriksa kemajuan pembinaann­ya.

Kemudahan tersebut bernilai RM11 juta serta dijangka siap pada Jun depan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Uggah menyertai Razaili (kanan) bersama Razi melihat salah seorang petugas barisan hadapan diberikan suntikan vaksin di Dewan Panglima Rentap, Betong semalam.
TINJAU: Uggah menyertai Razaili (kanan) bersama Razi melihat salah seorang petugas barisan hadapan diberikan suntikan vaksin di Dewan Panglima Rentap, Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia