Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah pendaftara­n untuk suntikan vaksin

COVID-19 masih rendah: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat yang telah mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a masih rendah berbanding dengan keseluruha­n rakyat dan bukan rakyat Malaysia yang layak menerima suntikan itu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hingga kelmarin (Jumaat), hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a.

“Saya kira angka itu masih kecil. Pastinya ini penting untuk menentukan supaya tahap pencapaian kita untuk mengawal wabak COVID19 dengan lebih berjaya dan dalam keadaan yang sama dapat kita revitalise ataupun memulihkan ekonomi negara kita dengan lebih pesat lagi.

“Ada hubung kait di antara pelaksanaa­n pelan vaksinasi dengan pemulihan ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Blood Donation Drive 2021’, di sini semalam.

Menurutnya, situasi COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia masih belum dapat diatasi sepenuhnya berikutan ada varian baharu yang ditemui dalam komuniti.

“… kita lihat sekarang ini hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka untuk memulakan operasi dan perniagaan. Saya rasa keadaan bertambah baik sekarang dan akan terus bertambah baik.

“Ini yang kita harap dapat lihat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dan perkembang­an ekonomi dijangka dapat dilihat dalam separuh kedua atau suku ketiga dengan Keluaran Dalam Negara Kasar diunjur bertumbuh antara enam dan 7.5 peratus,” katanya.

Berikutan itu, Muhyiddin menyeru pihak berkaitan agar membantu mereka yang masih belum mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin dengan memberi penerangan dan seterusnya membantu mereka mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a.

Selain itu, beliau turut menasihati semua rakyat Malaysia agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Sementara itu, perdana menteri mengajak semua rakyat Malaysia, terutama mereka yang masih belum menderma darah, agar memulakan langkah pertama dalam menjadikan amalan derma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat.

Menurutnya, beliau difahamkan simpanan bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dan tabung darah di seluruh negara berkuranga­n biarpun permintaan terhadapny­a semakin meningkat.

“Setiap hari negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah yang mampu menampung kegunaan kira-kira 1,000 pesakit. Di Lembah Klang sahaja, PDN memerlukan 500 hingga 600 beg darah sehari.

“Justeru, saya menyeru kepada semua kumpulan masyarakat untuk tampil menderma darah demi membantu menyelamat­kan nyawa pesakit dan seterusnya meningkatk­an tahap kesihatan komuniti setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut merakamkan penghargaa­n kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan yang telah menggerakk­an program derma darah di seluruh negara.

Program tahunan ‘Blood Donation Drive 2021’ anjuran Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCGF) dengan kerjasama PDN dan IGB Real Estate Investment Trust itu diadakan selama dua hari hingga hari ini di Mid Valley Megamall.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Muhyiddin (barisan kedua, tengah) dan Pengerusi Ahli Jawatankua­sa Kempen Derma Darah Datuk Mohammad Maidon (barisan kedua, kiri) bergambar bersama para ahli jawatankua­sa kempen pada program ‘Blood Donation Drive’ 2021 di pusat beli-belah Mid Valley dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Muhyiddin (barisan kedua, tengah) dan Pengerusi Ahli Jawatankua­sa Kempen Derma Darah Datuk Mohammad Maidon (barisan kedua, kiri) bergambar bersama para ahli jawatankua­sa kempen pada program ‘Blood Donation Drive’ 2021 di pusat beli-belah Mid Valley dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Muhyiddin meninjau kemudahan yang disediakan pada program ‘Blood Donation Drive’ 2021.
— Gambar Bernama LAWAT: Muhyiddin meninjau kemudahan yang disediakan pada program ‘Blood Donation Drive’ 2021.
 ?? — Gambar Bernama
— Gamabr Bernama ?? BERI SOKONGAN: Muhyiddin (tiga kanan) diiringi Mohammad Maidon (dua kanan) ketika meninjau proses menderma darah.
AMANAT: Muhyiddin menyampaik­an ucapan pada program ‘Blood Donation Drive 2021.
— Gambar Bernama — Gamabr Bernama BERI SOKONGAN: Muhyiddin (tiga kanan) diiringi Mohammad Maidon (dua kanan) ketika meninjau proses menderma darah. AMANAT: Muhyiddin menyampaik­an ucapan pada program ‘Blood Donation Drive 2021.
 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Muhyiddin (tengah) hadir pada program ‘Blood Donation Drive 2021’ dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Mohammad Maidon (dua kiri).
— Gambar Bernama TIBA: Muhyiddin (tengah) hadir pada program ‘Blood Donation Drive 2021’ dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Mohammad Maidon (dua kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Muhyiddin (empat kanan) bergambar bersama salah seorang penderma darah dan petugas kesihatan.
— Gambar Bernama KENANGAN: Muhyiddin (empat kanan) bergambar bersama salah seorang penderma darah dan petugas kesihatan.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra bersama salah seorang penderma darah. Turut sama Pengarah Pusat Darah Negara Dr Noryati Abu Amin (dua kanan) dan Mohammad Maidon (kanan).
— Gambar Bernama TINJAU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) beramah mesra bersama salah seorang penderma darah. Turut sama Pengarah Pusat Darah Negara Dr Noryati Abu Amin (dua kanan) dan Mohammad Maidon (kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Muhyiddin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Dr Noryati.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Muhyiddin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Dr Noryati.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia