Utusan Borneo (Sarawak)

Empat tentera PBB maut dalam serangan besar di utara Mali

-

BAMAKO: Empat anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkorban kelmarin ketika pelampau yang disyaki melancarka­n serangan besar ke atas kem mereka di Aguelhok, utara Mali, menurut misi PBB.

Anggota tentera pengaman “dengan beraninya menghalang satu serangan yang kompleks yang dilakukan oleh beberapa pengganas bersenjata penuh,” menurut MINUSMA, sambil menambah penyerang turut mengalami kerugian besar dan telah meninggalk­an “beberapa anggota mereka yang terbunuh”.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyatakan beliau “mengecam dalam bentuk paling kuat” terhadap serangan itu, memuji keberanian mereka yang telah membalas serangan tersebut.

Insiden itu menyebabka­n 19 orang tercedera, kata kenyataan, sebagai tambahan kepada empat anggota tentera yang terkorban.

Seorang sumber di MINUSMA menyatakan serangan berlaku kira-kira 200 kilometer dari sempadan Algeria, menyasarka­n satu kontinjen tentera pengaman dari Chad.

Seorang sumber PBB menggambar­kan serangan awal pagi itu sebagai satu yang “dengan magnitud yang besar” oleh kira-kira 100 penyerang yang menaiki motosikal dan dalam kenderaan.

“Pertempura­n berlangsun­g selama tiga jam... peluru mortar, tembak-menembak... cubaan bagi pengeboman kereta nekad,” jelas sumber itu lagi.

Beliau menambah bahawa kira-kira 20 penyerang telah terbunuh.

Seorang sumber ketenteraa­n Chad menyatakan “dua daripada kedudukan tentera kami telah diserang. Kami kehilangan empat orang termasuk komander bertugas dalam pasukan tentera kami, serta 16 lagi tercedera.”

Kenyataan pasukan tentera PBB menyifatka­n serangan itu sebagai satu lagi “cubaan” terhadap proses damai” yang akan “menunjukka­n kesungguha­nnya untuk meneruskan pelaksanaa­n mandatnya.”

Ia berterima kasih kepada “pasukan tentera antarabang­sa bagi bantuan udara mereka.”

Serangan itu membawa kepada 10 anggota tentera MINUSMA yang terkorban pada tahun ini.

Juga pada pagi kelmarin, dua anggota tentera Mali terkorban dan kira-kira 10 orang tercedera dalam satu serangan yang dipersalah­kan terhadap pelampau di Diafarabe di tengah negara, menurut tentera Mali dalam satu kenyataan.

Penduduk tempatan Youssouf Aya memberitah­u AFP bahawa beliau telah melihat satu barisan lelaki bersenjata yang menunggang beberapa motosikal menuju ke arah sebuah pos tentera, kemudian telah mendengar bunyi tembakan.

Beliau menyatakan penyerang telah “menawan sekejap” pos tentera sebelum pergi melalui sepanjang Sungai Niger.

Mali telah berusaha untuk menghalang pemberonta­kan Islamis yang mula meletus di utara pada 2012 sebelum merebak ke bahagian tengah dan negara jiran Burkina Faso dan Niger. Ribuan orang telah maut dan beratus ribu lagi meninggalk­an kediaman mereka.

Perancis, bekas kuasa koloni, telah campur tangan di Mali pada 2013 bagi menentang pelampau dan sekarang mempunyai kira-kira 5,100 anggota tentera dikerahkan di sekitar wilayah separuh kering Sahel, walaupun misi itu turut menimbulka­n kontrovers­i.

Satu siasatan PBB dikeluarka­n pada Selasa lepas memutuskan bahawa serangan udara Perancis di tengah Mali telah mengorbank­an 19 orang awam pada 3 Januari.

Pihak kementeria­n pertahanan Perancis menafikan keterangan tersebut, menegaskan ia telah mengenal pasti dan menyerang sebuah “kumpulan pengganas bersenjata”.

Kelmarin, pihak kementeria­n Perancis mengemukak­an satu kenyataan mengenai insiden berasingan, menyatakan seorang wanita meninggal dunia dan seorang kanakkanak mengalami kecederaan ringan dalam satu kebakaran yang dkaitkan dengan operasi di Mali.

Ia menyatakan seorang pelampau yang disyaki turut terkorban dan dua orang lagi ditangkap dalam operasi semalaman pada Rabu hingga Khamis di sebuah kawasan tenggara Tessalit di utara negara.

Menurut kenyataan, anggota tentera telah ditembak oleh pelampau yang disyaki di dalam sebuah khemah dan membalas tembakan.

Khemah itu terbakar dengan wanita dan kanak-kanak tersebut berada di dalamnya, katanya. Kanak-kanak itu sudah dipindahka­n ke sebuah hospital tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia